Pernah tak korang alami situasi ketika berada dalam kedai sama ada kedai serbaneka atau kedai buku, secara tiba-tiba perut korang memulas seperti mahu membuang air besar?
Sebelum masuk ke kedai, korang tak rasa pula nak membuang atau sakit perut kan? Ha, kalau korang nak tahu rupanya ada penjelasan saintifik mengenai fenomena ini iaitu Fenomena Mariko Aoki.
Fenomena Mariko Aoki
Seorang doktor dan juga usahawan yang dikenali sebagai Dr Raihana Ismail yang berkongsi info mengenai fenomena ini berkata, istilah Fenomena Mariko Aoki pertama kali muncul dalam sebuah majalah Jepun pada tahun 1985.
Artikel berkaitan: “Pasar Ikhwan di Putrajaya” – Buat Ramai Terngiang, Dr Malar Kongsi Cara Atasi Masalah ‘Earworms’
Artikel berkaitan: “Bukan hidangan Barat” – TikToker Mat Salleh Dedah ‘Chicken Chop’ Adalah Ciptaan Malaysia
Nama fenomena ini diambil daripada nama seorang wanita iaitu Mariko Aoki yang ketika itu menulis pengalamannya di kolum surat pembaca dalam majalah terbabit.
Dalam surat yang ditulisnya, Mariko meluahkan dia sering berasa untuk membuang air besar setiap kali berada dalam kedai buku.
Luahan itu mendapat perhatian ramai pihak, masing-masing turut menyatakan pengalaman yang serupa dengan Mariko.
Ada beberapa sebab kenapa perasaan untuk membuang air besar terjadi ketika berada dalam kedai.
“Kenapa rasa nak membuang air besar bila masuk kedai buku, eco dan daiso? Pertamanya sebab bau kertas, plastik dan barangan murah.
“Bau spesifik ini boleh mencetuskan reaksi dalam usus. Scented trigger ni akan aktifkan sistem saraf parasimpatetik yang kawal pergerakan usus.
“Kedua, suasana tenang, sunyi dan sejuk buat badan relaks. Bila badan relaks, sistem penghadaman mula aktif dan perut pun mula berbisik,” jelasnya.
@dr.raihana.ismail Asal nak shopping je, terkepit-kepit rasa nak membuang… Ada tak yang macamni ? Jom belajar kenapa . Komen ‘oo baru tau’ kalau anda suka info ni. #efferty #drraihanaismailofficial
♬ original sound – DR. Raihana Ismail | Efferty – DR. Raihana Ismail | Efferty
Tambah Dr Raihana lagi, psikologi dan rutin otak juga turut menjadi faktor. Hal ini disebabkan badan sudah pernah terlatih perasaan untuk membuang air besar ketika berada dalam kedai.
Katanya, fenomena ini adalah normal dan tidak membahayakan kerana ramai yang pernah mengalaminya.
Tapi, jika ia kerap berlaku hingga mengganggu rasa tidak selesa, mungkin perlu buat pemeriksaan kesihatan.
Sumber: TikTok