in

Masih Cuba Biasakan Diri Dengan ‘Rutin Baru’, Anak Najib Update Keadaan Terkini Bapa

yana najib update keadaan bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini telah masuk 2 hari, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan dan sudah pasti ramai di kalangan penyokong beliau ingin mengetahui keadaan terkini ahli politik ini.

Menerusi perkongsian anaknya, Yana Najib di IG Story, dia mendedahkan bahawa wakil dari barisan peguam telah dapat bertemu dengan bapanya di Penjara Kajang.


Nooryana Najwa najib razak ig 1

Keadaan bekas Perdana Menteri itu menurutnya dalam keadaan sihat dan mempunyai semangat perjuangan yang kuat.

“Daddy sedang membiasakan diri dengan rutin baru” 

Menurut Yana lagi, segala keperluan asas bapanya juga telah diberikan dan Najib kini sedang cuba membiasakan diri dengan rutin baru yang sangat berbeza dengan rutinnya yang terdahulu di mana jadualnya sentiasa padat.

Esok (hari ini) kami sekeluarga dapat bertemu – Daddy akan ke mahkamah untuk perbicaraan kes 1MDB. 

“Yana rasa ini kali pertama kami menanti kehadiran Daddy di mahkamah kerana saya dan keluarga dapat meninjau keadaan Daddy, walaupun dari jauh,” katanya.

cats 15

Dalam pada itu, Yana juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang atas keprihatinan mereka terhadap Datuk Seri Najib.

Menerusi laporan Berita Harian awal pagi ini, Najib dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal jam 8.27 pagi.

Beliau dilihat dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam sambil diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara. Memetik laporan FMT, Najib dilihat memakai sut dan tie berwarna kelabu.

PENJARA KAJANG NAJIB RAZAK jibi tiba 1661393674

Ia merupakan penampilan pertamanya selepas 2 hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Najib kini menghadapi 4 lagi pertuduhan iaitu dengan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan hari ini berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Baca: “Semua banduan sama” – Jabatan Penjara Nafi Najib Dapat Layanan & Bilik Istimewa

collage 67

Sumber: FMT
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.