Satu kejadian telah berjaya mendapat tumpuan netizen apabila cubaan seorang lelaki untuk mencuri tabung masjid gagal setelah perbuatannya itu berjaya ditangkap oleh ahli-ahli masjid tersebut.
Disebabkan itu, pencuri tersebut telah ‘didenda’ untuk mandi jenazah siap ditabur kapur barus lagi.
Jika dilihat dalam video berdurasi 25 saat tersebut, dia siap dilumurkan dengan kabur barus dan muka ditutup dengan kain, persis seperti proses memandikan jenazah secara realiti.
Nampak macam islam membenarkan berbuat zalim – PU Syed
Kan dah mendapat! Sapa suruh curi tabung masjid pic.twitter.com/Pk0qlQGP0Z
— penangkini (@penang_kini) January 11, 2022
Bagaimanapun, pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih mesra dengan panggilan PU Syed kurang berkenan melihat tindakan tersebut.
Menerusi Facebook rasmi miliknya, PU Syed anggap bahawa kelakuan memviralkan itu bakal mengundang satu hal yang lain. Tidak dinafikan perbuatan mencuri tabung masjid itu salah dan PU Syed mengaku yang dia sendiri marah, tetapi…
https://www.facebook.com/syed.ishak.731/posts/1068481267332241
“Risau walhasil dari kemarahan tersebut nampak mcm islam membenarkan berbuat zalim walaupun dengan niat untuk menyedarkan sang pencuri.”
Katanya lagi, dia bimbang ada perkara yang ‘tidak beres’ di zaman canggih ini. Sebelum ini, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan ada juga anggap ianya keterlaluan.
Setakat ini masih belum ketahui waktu dan lokasi kejadian.