Setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri, pasti masalah sampah sarap yang tidak dibuang akan menjadi perdebatan di media sosial.
Kali ini, tular sebuah hantaran oleh Facebook Planet Malaya yang berkongsikan beberapa gambar keadaan Lebuh Raya Utama Tengah, atau lebih dikenali sebagai Lebuh Raya CSR yang dipenuhi dengan sampah sarap di bahu jalan.
Parok la ore kito. Penuh sampah kat Lebuhraya CSR !! Malunyo sero ambo sebagai ore kelate”
Pah nk wat guana bila tiada kesedaran sivik, masa cikgu ajar sivik dlu puak demo tido dalam kelas..,” tulis akaun itu.
Tak boleh simpan sampah dulu?
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mempersoalkan pengguna jalan raya di lebuh raya itu yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah secara merata-rata.
Ada juga yang meluahkan rasa risau tentang keselamatan pengguna jalan raya yang lain kerana khuatir sampah sarap tersebut akan menarik perhatian haiwan liar yang kelaparan.
Boleh mengundang babi keluar merayap-rayap cari makan kat sampah sarap tu,” tulis seorang warganet.
Untuk pengetahuan semua, Lebuh Raya Utama Tengah menghubungkan Kuala Krai, Kelantan dengan Karak, Pahang dan bersambung dengan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Pahang Barat.
Ayuh jadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab!
Kredit: Planet Malaya
BACA: Mahkamah Diraja Arab Saudi Umum Negara Itu Akan Sambut Hari Raya Aidilfitri Esok