Jika anda masih ingat, rata-rata daripada kita terpaksa bekerja dari rumah dan belajar secara atas talian ketika pandemik Covid-19 melanda Malaysia.
Ketika kerajaan mengenakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suatu ketika dahulu, rata-rata warganet kerap menggunakan internet untuk tujuan hiburan dan kebaikan.
Malaysia di mata dunia
Namun, ada segelintir rakyat Malaysia yang menggunakan internet untuk tujuan keburukan. Hasilnya, kajian mendapati Malaysia menduduk tangga teratas di Asia di mana rakyat menghabiskan banyak masa melayari laman web lucah semasa tempoh PKP.
Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki di tangga ke-4 di belakang Slovakia, Bulgaria dan Ireland. Rekod ini menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia telah menggunakan internet untuk tujuan yang salah.
Menurut statistik sebuah laman web lucah, trafik di seluruh dunia melonjak sehingga 11.6 peratus daripada hanya 6.5 peratus. Data ini diambil pada 16 hingga 17 Mac 2020 ketika banyak negara mengenakan sekatan pergerakan ke atas rakyat ekoran Covid-19.
Untuk rekod, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan kepada Dewan Rakyat pada 30 November 2021 bahawa sejumlah 4,068 laman pornografi telah disekat oleh pihaknya.
Sumber: Kosmo
BACA: Penyanyi Indonesia Ini Teman Anak Tonton Video Porno Untuk Beri Pendidikan Seks