Malaysia mempunyai pelbagai warisan kebudayaan yang menarik dan unik. Bukan sahaja dari segi makanan, adat, budaya tetapi juga permainan tradisional yang dimainkan oleh segenap masyarakat untuk mengisi masa lapang.
Kalau nak tahu, sebenarnya permainan tradisional ni terbahagi kepada dua iaitu permainan anjung dan juga permainan laman.
Permainan anjung ni adalah permainan yang biasa dimainkan di anjung-anjung rumah pada zaman dahulu seperti congkak, dam, batu seremban dan lain-lain manakala permainan laman adalah permainan yang dimainkan di laman rumah seperti galah panjang, gasing, baling selipar dan lain-lain.
Paling menarik, bila diperhatikan, setiap permainan tradisi ni ada ‘maksud’ tersirat yang boleh dijadikan tauladan seperti :
Congkak
Dipercayai dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Melayu Polinesia pada abad ke-15, permainan ini boleh dimainkan menggunakan kayu bujur berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya terdiri daripada biji asam jawa, biji saga, kulit kerang, biji getah ataupun batuan kecil.
Pada hari ini, buah congkak telah digantikan dengan guli dan pastinya permainan ini dapat menajamkan kemahiran dalam matematik selain melatih minda untuk membuat keputusan atau strategi yang pantas.
Gasing
Permainan ini amat popular di Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Terengganu, Kelantan dan juga Melaka dan ada dua cara untuk memainkan permainan ini iaitu sebagai gasing pangkah yang bertujuan untuk menguji kekuatan gasing lawan ataupun gasing uri yang menguji ketahanannya berpusing.
Terdapat banyak jenis gasing yang ada di negara kita seperti gasing piring, gasing jantung, gasing kelamar, gasing telur dan macam-macam lagi. Permainan ini dahulunya dimainkan selepas musim menuai dan ia meningkatkan daya tumpuan serta koordinasi tangan yang baik.
Wau Tradisi / Layang-layang
Wau adalah permainan yang bertujuan untuk mengisi masa lapang rakyat dan mempunyai keseniannya yang tersendiri. Dahulunya, wau akan dimainkan oleh golongan nelayan sebagai persediaan untuk ke laut untuk mengetahui cuaca baik atau tidak.
Selain itu, wau turut dimainkan oleh golongan petani yang bersedia untuk menghadapi musim bendang seterusnya dan ada tiga jenis wau yang terkenal iaitu Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Jalabudi.
Bagi menghasilkan wau atau layang-layang yang berkualiti, seseorang pembuat itu haruslah teliti dalam memilih bahan mentah terutamanya buluh, dia juga harus mempunyai kepakaran dan kemahiran kraftangan selain pengetahuan tentang aerodinamik.
Dam
Dahulu kala, dam sering dimainkan oleh golongan lelaki semasa ‘melepak’ di kedai kopi dan ia menggunakan peralatan seperti papan dam dan buah tir.
Ada kalanya, papan dam ini akan dilukis sendiri menggunakan marker pen dan buahnya pula menggunakan penutup botol. Biasanya pemain perlu bijak mengatur pergerakan dan ianya melatih minda dan akal supaya cekap dalam menyusun strategi.
Galah panjang
Menurut laman web Jabatan Warisan Negara, permainan ini diadaptasikan daripada sistem pertahanan negara yang masa seorang pemain harus menyusup ke dalam ‘kubu’ pihak lawan dan keluar degan selamat untuk mendapatkan mata.
Ianya memerlukan kemahiran strategi dan ketengkasan pemain bagi melepasi halangan pihak lawan dan biasanya ketua pasukan memainkan peranan yang penting dalam mengatur strategi untuk menang.
Kalau nak diikutkan, mungkin permainan-permainan ini agak ‘membosankan’ kalau nak diperkenalkan pada generasi muda sekarang, tapi kita boleh jadikannya menarik jika kena dengan cara penyampaian kita.
Kalau rasa presentation permainan tadi kurang menarik, apa kata korang guna semula atau buat menggunakan bahan yang berwarna ceria untuk meriahkan suasana. Misalnya, buah dam tu boleh gunakan penutup botol fanta, baru warna-warni sikit!
Sama macam kehidupan kita seharian, kalau sentiasa serius nanti lama kelamaan akan memudaratkan. Jadi kenalah tambah ‘warna’ sikit dengan aktiviti menarik atau meluangkan masa dengan kawan dan keluarga.
Peluang Menangi Sony PlayStation 5 dan Laptop Gaming Lenovo Legion
Setiap pembelian produk Fanta ataupun Sprite melebihi RM5 akan melayakkan korang untuk sertai peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah sebuah Sony PlayStation 5 dan juga Gaming Laptop Lenovo Legion sehingga 30 September 2022.
Caranya mudah iaitu :
- Beli mana-mana air Fanta atau Sprite bernilai RM5
- Imbas kod QR
- Muat naik gambar resit
- Jawab soalan yang disediakan
Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan terpantas dan betul! Untuk maklumat lanjut, boleh klik di SINI okay! Tunggu apa lagi, cepat-cepat beli Fanta dan sertai peraduan ni sekarang juga!