Satu video tular kini sedang menjadi tumpuan netizen kerana ramai yang bengang melihat rakaman tindakan individu yang dipercayai seorang majikan telah mengasari pekerjanya secara fizikal.
Kelakuan yang melampau itu dilihat menerusi satu rakaman CCTV dan kini meraih lebih daripada 1,000 jumlah perkongsian dalam masa 16 jam ia dimuat naik di X.
Artikel berkaitan : Bina Surau Cantik & Selesa Untuk Pekerja Muslim, Majikan Non-Muslim Ini Dipuji Netizen
Artikel berkaitan : Pemandu Peribadi Lakukan S*ks Luar Tabii Dengan Suami Majikan Direman 5 Hari
Bangsat betul majikan yang berani angkat tangan dekat perempuan ni.
Katanya sebab tak jumpa dokumen yang nak dicari & bukan staff tu yang simpankan 😅 pic.twitter.com/wKp014sLbd
— kamaghul deghaman (@kamaghul) May 28, 2025
Dalam video tersebut dilihat majikan itu berjalan ke meja pekerjanya sebelum mengasarinya dengan cuba memukul berkali-kali. Suasana menjadi semakin tegang apabila pekerja itu cuba mempertahankan dirinya daripada sikap baran majikan yang cuba menarik tudung pekerja itu.
Difahamkan, mangsa sudah membuat laporan polis berikutan dengan insiden tersebut. Berdasarkan laporan tersebut, kejadian itu berlaku pada 15 Mei lepas kira-kira jam 1.05 petang.
Difahamkan ia berpunca daripada perselisihan faham dengan majikan yang menuduh dirinya menghilangkan dokumen sekolah sedangkan mangsa yang dikenali sebagai Safwah itu tidak menerima apa-apa dokumen tersebut.
Ketika kejadian, majikannya telah menarik bajunya secara kasar untuk menghalau dia keluar dari pejabat. Malah, majikan itu dikatakan menyentuh bahu, leher dan menarik tangannya untuk mengeluarkan dia dari meja.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen geram melihat tindakan majikan tersebut, bahkan ada netizen yang dikatakan seorang peguam ingin menawarkan diri untuk membantu wanita tersebut.
Ish, kalau ada krisis di tempat kerja, takkanlah sampai macam tu.
Sumber : X