Sebuah unit Tesla dan 2 lagi kenderaan elektrik (EV) ditawarkan oleh Mah Sing sempena ulang tahun ke-30 mereka dan kempen tersebut akan bermula daripada sekarang sehingga Disember 2024.
Mungkin ramai yang belum tahu, pada awalnya Mah Sing ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai sebuah firma perdagangan plastik. Mah Sing kemudiannya memulakan perjalanan dalam industri pembangunan hartanah dan gaya hidup bermula dengan empat projek perumahan dan pertama mereka di Ulu Yam pada tahun 1994.
Sehingga kini, Mah Sing mempunyai lebih daripada 50 buah projek di seluruh negara yang memenuhi keperluan pembeli hartanah dalam segmen pasaran yang berbeza. Sekarang, kalau tengok di laman web Mah Sing, terdapat lebih daripada 12 projek perumahan pelbagai jenis yang sedia untuk ditempah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan bayaran bulanan bermula dari RM1,800.
Kalau perasan, setiap projek perumahan ni ada ‘siri’ tersendiri dan kelebihan masing-masing. Contohnya, The Legenda dan M Residence adalah projek khusus di lokasi strategik yang menekankan perincian pembangunan berkonsepkan butik di kedua-dua bahagian dalam dan luar rumah.
Selain itu, ia juga dilengkapkan dengan ciri rumah pintar yang meningkatkan keselesaan dan kemudahan, manakala ciri keselamatan terkini memastikan ketenangan tidak terganggu oleh dunia luar.
Sementara itu, projek perumahan M Residence pula merupakan pembangunan kediaman yang serba lengkap dan mudah diakses. Biasanya, perumahan ini akan mempunyai sebuah taman awam dan akan diselenggara dengan baik selain menjadi pusat tumpuan awam.
Lihat senarai penuh projek perumahan yang sedang ditawarkan oleh Mah Sing, ada yang dah siap untuk diduduki pun!
Berita baik buat korang yang sedang mencari rumah pertama atau nak beli rumah, sempena ulangtahun ke-30, Mah Sing tawar pelbagai hadiah untuk dimenangi termasuklah sebuah Tesla Model 3 sebagai hadiah utama, BYD Dolphin dan juga Neta-V.
Selain itu, Mah Sing juga menawarkan hadiah tunai untuk pembeli bertuah sepanjang tempoh yang disebutkan.
Cara untuk sertai giveaway ini ialah dengan :
- Beli rumah Mah Sing sebelum 31 Disember 2024.
- Anda akan automatik melayakkan diri untuk menyertai cabutan bertuah ini.
- Ketahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mendapatkan penyertaan tambahan dengan melayari http://www.mahsing.com.my/30anniversary.
Jadi tunggu apa lagi, jom cuci mata di mana-mana show gallery perumahan Mah Sing dan sekiranya pembelian dibuat, korang mungkin berpeluang bawa pulang sebuah Tesla dan juga pelbagai hadiah menarik yang lain.