in

“Macam tu je dia rembat video” – Che Nom Kesal Konten Resipi Dicuri Akaun TikTok Ini

che nom curi konten

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu cabaran yang dihadapi pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial adalah apabila konten mereka diambil dan dimuat naik semula oleh pihak lain tanpa kebenaran.

Itulah yang dihadapi oleh YouTuber konten masakan, Che Nom yang meluahkan rasa kesal apabila mendapati videonya dicuri oleh sebuah akaun di TikTok.


“Penat-penat kita masak, record, shooting, dan edit macam itu je dia rembat video kita, tinggi pula views tu…adoii,” luah Che Nom di Facebooknya.

Artikel berkaitan: Che Nom Sangkal Dakwaan Konon Youtuber Terima Pendapatan RM360,000 Sebulan

Artikel berkaitan: Che Nom ‘Sekolahkan’ Mentua Pandang Rendah Menantu Masak Ikut Video

Menerusi ruangan komen, Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar juga mendakwa sebarang laporan kepada TikTok tidak memberi kesan seperti kes yang dialami oleh rakannya sebelum ini.

Pada masa yang sama, beliau meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan KPDN untuk menyelesaikan isu tersebut.

Menurut pencipta kandungan lain, Limau Nipis yang turut menghadapi masalah yang sama, katanya akaun sebegini diwujudkan untuk mengumpul jumlah pengikut yang banyak, kemudian mereka akan menjualnya kepada yang berminat pada harga ribuan ringgit.

Seorang lagi pencipta kandungan, Buat Orang Lapo mengatakan sudah bertahun-tahun menyuarakan isu tersebut namun tiada perubahan.

Screenshot 2024 03 07 155024 Screenshot 2024 03 07 155036

Sementara itu, meninjau ke akaun TikTok terbabit, dapat dilihat majoriti video yang dimuat naik adalah video resipi Che Nom. Ini menyebabkan ramai yang salah sangka akaun tersebut merupakan akaun TikTok Che Nom.

https://www.tiktok.com/@caramasakk1/video/7342746631483182379

Susulan hantaran Che Nom itu, para netizen telah menyerang profil akaun TikTok berkenaan kerana telah mencuri konten pemilik sebenar.

Setakat artikel ini ditulis, akaun tersebut masih lagi aktif dan belum dipadamkan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.