Hujan berterusan yang melanda di beberapa kawasan termasuklah di Lembah Klang sejak semalam telah menyebabkan banjir, antaranya di Meru, Klang.
Utusan melaporkan ia sehingga menyebabkan dua kenderaan terkandas kira-kira pukul 7.53 malam semalam. Berikutan dengan banjir tersebut, satu perkongsian daripada seorang warganet yang dikenali sebagai Mina ini telah mencuri tumpuan orang ramai.
Artikel berkaitan : Rumah Dilanda Banjir, Usaha Pemuda Ini Ikat Tong Dram Bawah Katil Untuk Bapa Terlantar Sakit Membuahkan Hasil
Artikel berkaitan : “Rumah Rakit” – Di Kemaman Kembali Viral Sebab Masih Terapung Dalam Banjir
Dalam video berdurasi 13 saat yang dikongsikan di TikTok itu, ia memperlihat satu kawasan di Meru, Klang dipenuhi dengan buih sabun. Menerusi video tersebut, ia difahamkan berpunca daripada kilang sabun yang berada di kawasan itu turut terkesan akibat banjir.
Dalam masa 7 jam, video tersebut telah meraih lebih daripada 100K jumlah tontonan dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.
@_woiinaa Tak jumpa kat tempat lain 🤣 banjir dengan sabun hehe #meru #banjirmeruklang #klangbanjir
Ada antara netizen yang terhibur melihatnya kerana sekali pandang seperti salji apabila melihat buih-buih tersebut. Dalam pada itu, ramai juga yang bimbang dengan keselamatan pengguna jalan raya kerana dapat membayangkan jalan tersebut mungkin licin.
Bahkan ada yang berseloroh dengan mengatakan bahawa kawasan tersebut jadi wangi semerbak dan juga boleh melakukan dobi secara percuma.
Haraplah pengguna jalan di situ selamat dan semoga banjir surut cepat serta urusan buat mereka yang terjejas banjir tak kira di mana sekalipun dipermudahkan.