Walaupun beras yang digunakan untuk memasak nasi lemak dan nasi kandar sama sahaja, namun kedua-dua hidangan ini berbeza.
Satu ada telur, ikan bilis dan sambal manakala satu lagi pula ada ayam goreng dan karinya yang tersendiri. Jadi, memang mustahil untuk kita tidak tahu cara membezakannya.
Namun, di Singapura pula, ada sebuah kedai makan yang menjual hidangan menyerupai nasi lemak namun ia dinamakan dengan nama nasi kandar! Hah, macam mana tu?
Baru-baru ini, poster menu hidangan ‘nasi kandar’ di group Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers (MSBC) yang dikongsikan oleh seorang netizen telah mendapat perhatian orang Malaysia.
Dapat dilihat dalam poster menu itu bahawa hidangan yang dinamakan nasi kandar itu sama seperti nasi lemak kerana ada telur, ikan bilis, kacang dan sambal.
Cuma yang membezakannya dengan nasi lemak yang biasa kita makan ialah ia ada papadom dan acar timun. Selain itu, pelanggan juga boleh pilih sama ada nak nasi putih atau nasi kunyit untuk nasi kandar ini.
https://www.instagram.com/p/Ce33gfnNtY4/?igshid=MDJmNzVkMjY=
Mungkin dia nak buat menu baru kot, campur style nasi lemak dan nasi kandar. Tapi kalau macam tu, patutnya letak nama nasi lemak kandar la kan.
Menu ‘nasi kandar’ di kedai ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang bingung sebab rupanya macam nasi lemak.
Apa pulak pendapat korang? Ni nasi kandar ke nasi lemak sebenarnya ni?