in

“Macam mana nak faham?” – [VIDEO] Ramai ‘Amazed’ Tengok Wanita Baca Guna Bahasa Nombor

page nombor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu kecik-kecik mesti korang biasa guna Bahasa F lah, Bahasa S lah semata-mata nak bergosip pasal orang lain! Lagi-lagi kalau ada geng yang boleh faham bahasa yang kita guna tu, memang ngam habis.

Tapi, dalam bahasa-bahasa huruf yang korang dah biasa pakai dulu-dulu tu, pernah tak korang terfikir nak guna nombor untuk baca sesuatu ayat? Pelik kan bila dengar? Haa, meh sini nak share story yang lalu kat FYP TikTok min baru-baru ni.


@tikxmdzln

Kelebihan seorang isteri ? #fyp #malaysiatiktok #fypシ

♬ original sound – TK – TK

Menerusi pemilik akaun @tikxmdzln, dia kongsikan video dirinya membaca buku cerita kanak-kanak untuk anaknya tetapi penuh dengan nombor, siap ada darab bahagi lagi! Bukan main lancar lagi baca.

Disebabkan kelancaran wanita itu, ramai meninggalkan komen mengatakan yang mereka kagum dengan kemahiran wanita itu siap ada yang kata untuk menggunakan bahasa huruf-huruf lain pun mengambil masa untuk lancar berkata-kata.

bahasa full

Guna nombor dipanggil Bahasa Mokhdar

Rupa-rupanya, kaedah menggunakan nombor untuk membaca itu dipanggil sebagai Bahasa Mokhdar dan terdapat beberapa program yang menawarkan kursus untuk menguasai bahasa tersebut.

Korang boleh tengok kat gambar bawah ni macam mana untuk baca ayat menggunakan Bahasa Mokhdar…

nombor 1

Menurut Kaedah Mokhtar, kaedah ini digunakan sebagai terapi minda dan ianya juga dipakai untuk murid-murid yang tidak menggemari matematik dalam usaha mereka untuk memahami subjek tersebut.

Wah! Macam seronok je kalau dah mahir guna nombor untuk membaca… Mengasah minda pun ye jugak. Hmm, kena try ni!

Baca: “Embab, lima, pagi..” – [VIDEO] Gadis Dari China Belajar Mengira Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Cair

untitled 3 1

 

Sumber: TikTok
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.