Hari Raya Aidilfitri antara perayaan yang sangat dinanti-nantikan setiap tahun kerana ketika inilah kita dapat pulang ke kampung, berjumpa dan berkumpul bersama keluarga.
Dalam pada keterujaan kita berkumpul, pasti korang akan lihat pelbagai gelagat dan ragam orang yang datang berkunjung ke rumah, tidak kiralah sama ada yang datang ziarah itu sanak-saudara atau jiran tetangga.
Berikut kami senaraikan jenis-jenis ragam orang yang kebiasaannya korang jumpa ketika sambutan hari raya.
Jenis yang akan cuba semua juadah hari raya
Semestinya mereka yang berkunjung ke rumah akan disambut dengan pelbagai juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah. Dalam ramai-ramai tu, mesti ada yang akan merasai setiap juadah dan kuih raya seperti seorang cef yang sedang menghakimi masakan peserta.
Budak-budak berasak minta duit raya
Antara perkara yang dinantikan semasa hari raya ialah duit raya terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Waktu ini, korang akan perasan ada beberapa kanak-kanak yang secara rawak dan tanpa segan silu meminta duit raya daripada korang.
Soalan ‘horror’ makcik pakcik bawang
Bila dah lama tidak bersua muka, pasti ada banyak soalan cepumas yang akan ditanya oleh mereka. Contohnya soalan:
- Dah makin berisi sekarang, tak jaga badan ke?
- Dah habis belajar, bila nak kerja?
- Bila nak kahwin? anak jiran sebelah sampai dah sekolah
Biasalah, dah jadi perkara wajib makcik dan pakcik bawang ni bertanya khabar ketika hari raya.
Yang lebih tua tak ingat korang siapa
Biasanya akan berlaku pada yang keluarga yang ramai anak dan paling kerap terkena anak tengah sebab selalunya anak sulung atau bongsu sahaja yang dikenang oleh saudara mara. Betul tak?
Jenis apa-apa nak update dalam media sosial
Mereka ini tak boleh lekang dengan telefon, katanya kena sentiasa mengikuti trend semasa dan budaya terkini. Kalau boleh, setiap kejadian perlu update dalam media sosial.
Tak dinafikan telefon juga keperluan penting masa kini. Tapi, cuba kali ini kita cabar diri dengan menyambut hari raya tanpa media sosial. Agaknya, apa yang korang akan buat bila tiada gajet?
Mungkin korang boleh cuba cabaran ini dengan Jalinkan Hubungan Bermakna Bersama Pepsi!
Korang tahu tak, tempoh purata rakyat Malaysia menghabiskan masa sekitar lapan jam enam minit menggunakan internet setiap hari?
Zaman sekarang ini, ramai tak mahu terlepas dengan trend terkini dan isu semasa, sampai kita sendiri lupa perkara yang lebih penting yang ada di sekeliling kita. Mulalah rasa menyesal sebab terlepas masa berharga dengan orang yang berada di depan mata kita.
Aidilfitri inilah waktu sesuai untuk kita kembali mengukuhkan pertalian keluarga dan bermesra dengan orang tersayang. Dalam kesempatan ini, filem raya Pepsi mahu mengambil peluang untuk mengingatkan kita bahawa meluangkan masa bersama keluarga adalah jalinan hubungan yang lebih bermakna berbanding dunia online.
Jadinya, bermula sekarang hingga 7 Mei ini, Pepsi nak mengajak korang untuk ketepikan telefon korang dan jalinkan hubungan bermakna bersama keluarga tersayang pada raya kali ini!
Lebih lama korang offline, lebih tinggilah peluang korang untuk menangi hadiah menarik!
Cara sertai Jalinkan Hubungan Bermakna Bersama Pepsi
Macam mana nak sertai? Ikut tiga langkah mudah ini:
- Langkah 1: Imbas kod QR atau klik ke pautan ini
- Langkah 2: Klik ‘Sertai Sekarang’ untuk offline dan ketepikan telefon anda tanpa mengalihkannya
- Langkah 3: Kekal offline seberapa lama yang mungkin untuk menangi hadiah! (tertakluk kepada terma & syarat)
Apa tunggu lagi? Inilah masa yang sesuai untuk korang luangkan masa bersama dengan orang yang tersayang. Imbas kod QR untuk sertai sekarang!
Maklumat lanjut, boleh lawati laman Facebook Pepsi dan Instagram mereka.