Tular di media sosial mengenai peniaga yang didakwa mempromosi jualan donut susu dengan tagline dan aksi berunsur lucah sehingga mengundang pelbagai kecaman dalam kalangan netizen.
Netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan itu dan menyifatkan ia sungguh memalukan serta tidak mencerminkan adab sebagai seorang Muslim.
Malah, netizen juga telah mengusulkan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenakan tindakan terhadap peniaga tular itu.
Difahamkan, pihak MCMC telah mengambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut mengenai isu tersebut.
Artikel berkaitan: Buat Lawak Lucah Ketika Maryam Kongsi Tips Pilih Buah Tembikai, Ryzal Ibrahim Dikritik
Artikel berkaitan: “Jijik tengok parents enable benda macam ni” – Netizen Tegur Marketing Luc*h, Jadi Ikutan Kanak-kanak
Peniaga Donut Susu Berayaq mohon maaf
Dalam perkembangan terbaharu, peniaga terbabit tampil membuat permohonan maaf susulan ramai yang mengecam kaedah promosi donut yang penuh kontroversi.
Katanya menerusi satu hantaran di TikTok, mereka telah menukarkan nama ‘Donut Susu Berayaq’ kepada ‘Bertanah Donut Susu’.
“Kami menerima segala teguran dari kalian, dan nama kedua-dua akaun kami telah bertukar kepada ‘Bertanah’.
“Untuk pengetahuan semua, ‘berayaq’ bermaksud doh kami yang cair dan bila makan donut cari di dalam mulut dan jet itu adalah bermaksud terajang.
“Dan untuk pengetahuan semua, cirit itu bukanlah tagline dari kami dan video yang telah tular baru-baru ini bukanlah idea dari kami untuk bercakap tentang perkara itu.
“Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan. Semoga menjawab semua persoalan,” jelasnya.
Dalam pada itu, peniaga terbabit memaafkan semua yang pernah meninggalkan komen menghina terhadap mereka dan akan memperbaiki kesilapan pada masa akan datang.
Promosi secara kreatif tak perlulah sampai melibatkan unsur lucah. Banyak lagi cara yang boleh menarik perhatian pelanggan.
Sumber: TikTok