in

“Lepasni Dato’ pakai selipar aja” – Isu Kasut RM40K, TMJ Sarankan MB Johor Jangan Peduli Kata Orang

Isu Kasut RM40K TMJ Sarankan MB Johor Jangan Peduli Kata Orang 2

Laman-laman media sosial hari ini kecoh berkenaan kasut yang dipakai oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi didakwa berharga hampir RM40,000.

Rata-rata netizen mempertikaikan kemampuan Menteri Besar itu kerana beliau baru sahaja menggalas jawatan itu beberapa bulan lepas dan sudah mampu memiliki kasut yang berharga puluhan ribu itu.

Datuk Onn Hafiz sebaliknya mengeluarkan kenyataan, kasut itu merupakan kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada beliau.

onnhafiz

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” tulisnya.

“Jgn melayan sangat apa org nak cakap. Yg penting buat kerja”

Malah, perkara ini juga mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan baginda sendiri memuat naik sebuah tweet yang menyarankan agar MB Johor tidak mempedulikan apa yang diperkatakan oleh orang ramai.

Selain itu, TMJ juga berseloroh dan memesan agar Datuk Onn Hafiz hanya memakai selipar sahaja selepas ini, agar isu ini tidak timbul lagi.

Baca: Muhammad Sanusi Bagi ‘Hint’ Dakwa TMJ Kawal Liga Malaysia, Tunku Ismail Cabar Bagi Semua Bukti

page tmj

Sumber: Facebook