in

“Lepas kahwin ‘kantoi’ ambil loan” – Ikut Nasihat Pakar, Selidik Dulu Kewangan Pasangan Sebelum Kahwin

lepas kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum kahwin, pasangan perlulah mempunyai perancangan yang rapi, lebih-lebih lagi melibatkan kewangan. Ada banyak kes, selepas kahwin baru ‘kantoi’ bahawa pasangan rupanya berhutang sampai beribu-ribu semata-mata untuk belanja kahwin.

Menurut perkongsian seorang pengguna di Twitter, jangan terlalu ikut perasaan ketika berkahwin. Buat kenduri ikut kemampuan sendiri. Jangan lupa tanya pasangan tentang keadaan kewangan masing-masing sebelum bernikah.


“Orang kata cinta tu buta. Disebabkan cintalah diri boleh merana.

Masa berkenalan atau tempoh bertunang tu tanya pasal diri pasangan. Bukan asyik tanya “u sayang kat i tak? Banyak mana?”

NO!

Soalan yg lebih serius. Yelah nak masuk alam perkahwinan.”

Pertama sekali, jangan lupa tanya tentang latar belakang keluarga.

Tanya tentang ‘background’ keluarga. Hubungan antara ibu, ayah dan adik beradik okay atau tidak? Semua ini merupakan soalan wajib.

“Ada sesetengah, “mak tak suka orang negeri ni sebab *********, carilah orang lain, tapi sebab anak suka so terpaksalah terima”.

Ini memang ambil masa yg lama untuk ambik hati mereka.”

Tanya tentang harapan dalam perkahwinan

Ada banyak tanggungjawab yang perlu digalas selepas berkahwin. Kahwin ini bukannya sekadar nak seronok-seronok sahaja.

Selain itu, tanya juga, apa perancangan masa depannya. Daripada situ, kita tahu apa perancangan hidup bila kita selepas berkahwin.

Tanya tentang komitmen sedia ada

“Soalan ini sangat penting. Kat sini korang boleh tahu dari luaran dari segi kereta apa dia pakai, adakah dia orang yang suka pakai barang ‘branded’ dan bergaya ke.”

Tanya juga komitment lain, ada buat ‘personal loan’ ke. Takkan nak kahwin guna ‘personal loan’, habis bayar bila anak dah 10 tahun.

Tanya juga tentang hutang-hutang lain

Ada tak hutang lain seperti PTPTN, pinjam duit keluarga atau kawan? Sebulan berapa bagi pada mak?

Ada buat simpanan dan menyimpan kat mana?

Mana nak tinggal lepas ni?

news rent GRR prairievillelahomesforsale 650x375 1 e1688301784652
Gambar hiasan

“Okay ke kalau perkahwinan jarak jauh, jumpa jarang2 (kalau pasangan offshore/kerja negeri lain).”

Banyak orang yang bergaduh sehingga boleh bercerai-berai hanya disebabkan tempat tinggal selepas kahwin.

Kalau boleh, bincang dulu dengan pasangan tentang kemampuan diri dan tempat tinggal sebelum kahwin.

Pendek kata, perancangan sebelum kahwin sangat penting untuk memastikan diri tidak merana selepas kahwin.

Kredit: Twitter Zafran

Baca: Hati-hati! ‘Scammer’ Guna Taktik Baru, Hantar Jemputan Kahwin Palsu Di WhatsApp 

scammer kad kahwin e1688301492233

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.