in

Lelaki Ini Kongsi Cara Buang Air Bertakung Dalam Rumah, Hanya Perlu Getah Paip, Baldi & Plastik Sampah!

cara buang air bertakung banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, ternyata memberi kesan kemusnahan yang mendalam kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Ada yang kehilangan harta benda, alami kerosakan yang teruk pada rumah dan terpaksa mengambil masa berhari-hari untuk bersihkan rumah yang penuh dengan selut.


WhatsApp Image 2020 11 29 at 6.51.40 PM

Demi meringankan beban mangsa banjir, seorang pengguna Facebook bernama Mohd Razak Razali telah berkongsi satu cara mudah untuk buang air banjir yang bertakung di dalam rumah. 

Berikut perkongsiannya…

 

Bahan-bahan yang diperlukan

1. Baldi yang telah ditebuk lubang pada lantainya mengikut saiz paip getah.

2. Getah paip atau poli pipe.

3. Karung plastik sampah bersaiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah mengikut saiz paip.

4. Dua buah kerusi

 

Cara-cara membuang air yang bertakung 

Masukkan hujung paip (getah paip) dari bawah baldi yang sudah ditebuk dan kemudian masukkan plastik sampah yang berlubang tadi pada getah paip.

Tarik getah paip supaya plastik tersebut duduk di dalam baldi. Hujung getah paip yang lagi satu dibawa ke luar rumah. Kemudian letak baldi di atas dua buah kerusi.

269706787 445888690480034 629051601045181647 n

Kemudian korang bolehlah cedok air banjir dan tuang ia ke dalam plastik yang berada di dalam baldi tadi macam gambar kat bawah ini.

Menurut perkongsian itu, air akan ikut getah keluar ke luar rumah dan tak perlu lagi mangsa banjir bersusah payah mengangkut air untuk keluar.

269728226 445888587146711 4657966847302060861 n

Pastikan korang kocak air di dalam rumah supaya lumpur tak mendap di dalam rumah. Nanti bila air dah kering, lumpur pun tak ada sebab semua sudah mengikut air. Menurut Mohd Razali, dia menggunakan poli pipe kerana ia mudah untuk diikat pada plastik di dalam baldi.

Korang boleh rujuk di posting ini untuk info lanjut:

https://www.facebook.com/mohdrazak.razali.5/posts/445888557146714

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang terlibat dengan banjir. Stay strong! 

Baca: Bantu Mangsa Banjir, Perodua Sediakan Pemeriksaan Percuma Untuk Pengguna Terjejas

perodua

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.