in

Lelaki Dakwa Belajar Sains Di Sekolah Itu Sihir, Boleh Rosakkan Akidah

ft lelaki dakwa sains adalah sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

TikTok memang best! Selain hiburan, kes-kes isu semasa, info yang bernas semua sekarang kita boleh lihat di hujung jari, cuma adakalanya perkongsian yang diberikan itu kadang-kadang membuatkan ramai netizen rasakan ianya macam tak masuk akal.

Ada satu perkongsian yang kini tular di Twitter berkenaan dengans atu info dikongsikan oleh seorang lelaki yang mendakwa bahawa matapelajaran sains yang diajar di sekolah itu adalah sihir.


 

Sains itu sihir, boleh rosakkan akidah

Dalam video yang berdurasi 45 saat itu, seorang lelaki membahaskan isu mengenai rosak akidah, dia menyamakan perkara ini apabila orang ramai mendalami ilmu sains.

Dia mendakwa mata pelajaran Sains di sekolah itu adalah pembelajaran sihir dan menggesa agar ibu bapa berhati-hati dalam menjaga dan memperbetulkan akidah anak-anak mereka di rumah setelah mempelajari mata pelajaran tersebut.

“Akhir zaman, dajjal akan datang dengan satu sihir yang sangat hebat, kalau dajjal datang dengan cara tok bomoh Siam, kau rasa orang nak ikut ke? Dajjal akan datang dengan teknologi Sains yang sangat advanced.”

Lelaki tersebut juga membuat kesimpulan bahawa Sains itu adalah sihir dan memberi pesanan kepada orang ramai agar menjaga akidah.

Melihat video tersebut, ramai netizen yang memberikan komen sarkastik dengan bersikap husnudzon menyatakan bahawa mereka adalah ahli silap mata.

 

Wow! Aku magician sebenarnya – Netizen

Screenshot 2023 02 14 150036 Screenshot 2023 02 14 150050 Screenshot 2023 02 14 150111 Screenshot 2023 02 14 150123 Screenshot 2023 02 14 150200 Screenshot 2023 02 14 150225 Screenshot 2023 02 14 150250

Mungkin dia ada maksud lain yang cuba nak disampaikan kot sebab dia ada mention ‘jika tidak dipandu dengan ilmu yang benar.’

Baca : Wajah Seiras Tanda Jodoh? Doktor Bagi Penjelasan Dari Sudut Sains

ft jodoh muka iras

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.