Hari Kebangsaan 2024 bukan hanya disambut meriah di Dataran Putrajaya, malah di negeri-negeri lain di Malaysia juga. Setahun sekali kan, mesti la all out kita semua sambut.
Perarakan Hari Kemerdekaan di negeri Pahang juga tak kurang meriahnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Barney_89 pada Sabtu, perarakan sambutan itu yang turut disertai oleh polis negeri tersebut telah menjadi perhatian netizen kerana menggunakan tema sekatan jalan raya atau roadblock.
Penggunaan tema itu telah mencuit hati warganet kerana roadblock dan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan.
@barneyyy_89 lain mcm fly tu #sambutanharikemerdekaanke67#kualalipispahang #?????????????
Artikel Berkaitan: “JPJ bawa abang sado, unit K9 pakai spek” – Tak Sempat Tengok Sambutan Hari Kebangsaan? Ini Antara Yang Menarik!
Artikel Berkaitan: Guna Kamera Canggih Tanpa Operator, Penonton Puji Kualiti Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan oleh RTM
Dalam video yang berdurasi selama 19 saat itu, dapat dilihat beberapa orang pihak polis sedang menggayakan aksi seolah-olah mereka sedang menjalankan sekatan jalan raya.
Siap ada prop lagi tau!
Lebih menarik perhatian lagi, seorang lelaki pula menggayakan aksi ‘superman’ atau sebagai mat rempit di atas motosikal yang ditahan polis ketika sekatan jalan raya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan idea kreatif pihak polis tersebut untuk perarakan berkenaan.
Sumber: TikTok Barney_89