Masihkah anda ingat tahun lalu, busana rekaan pereka tempatan, Rizman Ruzaini telah diperagakan oleh model tersohor antarabangsa, Naomi Campbell ketika pertunjukan fesyen Dubai Fashion Week.
Kali ini sekali lagi, busana rekaan Rizman Ruzaini telah digayakan oleh selebriti antarabangsa iaitu Lady Gaga yang popular dengan lagunya, Bad Romance, Paparazzi dan Telephone.
Duo pereka fesyen Rizman Ruzaini telah berkongsikan menerusi Instagram bahawa Lady Gaga telah menggayakan busana rekaan mereka ketika persembahan di Las Vegas baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Model Tersohor, Naomi Campbell Peragakan Busana Rizman Ruzaini Untuk Dubai Fashion Week
Artikel Berkaitan: Rizman Ruzaini Kongsi Momen Berhabis RM3 Juta Ambil Naomi Campbell Peraga Busana
Dalam video persembahan Lady Gaga itu, dapat dilihat bahawa Lady Gaga telah memakai busana berwarna merah yang sopan ketika sedang membuat persembahan di atas pentas.
Difahamkan juga, busana tersebut juga telah ditatahkan dengan batu Swarovski agar kelihatan lebih mewah.
Rata-rata warganet kagum dengan pereka tempatan Rizman Ruzaini kerana sekali lagi berjaya menempa nama di persada antarabangsa.
Sumber: Instagram rizmanruzaini