Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi pop rock lagenda, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus.
Allahyarham juga merupakan vokalis dan pemain bass kumpulan Carefree itu juga aktif sebagai sessionist untuk bermain bass sama ada untuk rakaman atau pertunjukkan pentas.
Artikel berkaitan: “Kalaulah ada arwah..” – Hattan Sebak Anak Arwah Adik Dapat Keputusan ‘Straight A’ SPM
Artikel berkaitan: Peguam Saran Netizen Henti Buli Siber Hattan, Hinaan & Cacian Salah Di Sisi Undang-Undang
Datuk Hattan yang merupakan rakan baik Allahyarham berkongsi momen ketika beliau memandikan jenazah sahabatnya itu.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin, bersyukur proses pengebumian sahabat baiknya itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Ilahi.
“Waktu saya mandikan jenazah Jay Jay, kulitnya sangat licin dan bersih.
Macam kulit budak-budak saya tengok. Bersih betul keadaan arwah, alhamdulillah,” katanya.
Pelantun lagu Rendang Tak Berbuah itu berkongsi, kali terakhir mereka bekerjasama ketika membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan di Kelantan pada Februari lalu.
“Ketika itu nampak badannya memang sudah sedikit susut, macam tak sihat. Kalau tanya, beliau jawab okey sahaja. Kelihatan tenang dan santai,” kongsinya lagi.
Hattan menyifatkan Jay Jay seorang sahabat yang sangat baik serta banyak menabur jasa kepadanya.
Sebagai info, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam tadi.
Al-Fatihah…
Sumber: Kosmo!