in

Kronologi Kes Wanita Ditikam Di Mall, Rupanya Keluarga Mangsa Dah Buat Laporan Polis Sehari Sebelum Kejadian

kes wanita ditikam di mall keluarga mangsa

Beberapa minggu lalu, negara digemparkan dengan satu kes pembunuhan seorang wanita di sebuah pusat beli-belah terletak di Jalan Haji Saman, Kota Kinabalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 29 Mei lalu, mangsa yang bernama Nurul Ain Silien, 22, telah ditikam sebanyak lapan kali oleh bekas kekasihnya, Chung King Fung, 32, gara-gara tidak berpuas hati mangsa mahu berpisah dengannya.

Keluarga mangsa sudah buat laporan polis sebelum kejadian

Namun, keluarga mangsa telah meluahkan rasa kecewa dengan cara polis mengendalikan kes terbabit. Memetik sumber The Borneo Post, keluarga mangsa telah pun membuat laporan polis sehari sebelum kejadian tragis itu berlaku.

Ibu mangsa, Datuk Siti Aminah binti Jabar Khan berkata, mereka telah membuat laporan di balai polis Alamesra kira-kira jam 2 petang pada 28 Mei, sehari sebelum anak perempuannya dibunuh.

Laporan polis dibuat disebabkan suspek tidak berpuas hati mangsa mahu berpisah dengannya dan mula mengganggunya.

Difahamkan, suspek telah mengancam mangsa dan memberitahunya, “saya akan pastikan awak tidak bahagia lagi. Saya tidak kisah jika ditangkap polis dan digantung sampai mati.”

2098748

Siti Aminah mendakwa selepas mereka membuat laporan, polis tidak mengambil sebarang tindakan sehingga mangsa dibunuh pada keesokan harinya.

Keluarga mangsa kecewa tiada tindakan susulan daripada pihak polis dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan tersebut atau sekurang-kurangnya memberi panduan kepada mereka bagi mengelakkan kejadian tersebut.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis pada 12 Jun lalu kerana tidak puas hati dengan tindakan polis dalam menangani laporan dibuat mereka.

Menurut Siti Aminah, mangsa dan suspek tidak pernah bertunang dan hanya berkenalan ketika mangsa bekerja di kedai kakaknya dan sudah mengenali antara satu sama lain selama sekitar setahun.

2123064

Polis akan siasat jika berlaku ketidakcapaian standard

Memetik sumber Harian Metro, polis Sabah mengesahkan laporan telah dibuat mangsa dan keluarganya dan akan menyiasat sekiranya berlaku ketidakcapaian standard dalam siasatan laporan mangsa.

“Sekiranya tidak mencapai standard, tindakan tatatertib akan diambil,” katanya.

Sementara itu, suspek telah dihadapkan Mahkamah Majistret semalam, namun tiada pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret. Mahkamah juga menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula kes itu.

Baca: Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang, Ditemui Terlentang Atas Lantai Mall Di Kota Kinabalu
ft bekas tunang tikam wanita

Sumber: Majoriti