in

KPM Mohon Maaf Atas Kecuaian Papar Jalur Gemilang Yang Salah

ft KPM mohon maaf 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon maaf atas kesilapan pihaknya memaparkan Jalur Gemilang yang salah dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut KPM, tindakan tegas akan diambil serta merta terhadap semua pihak yang terlibat.

Artikel berkaitan : Video Jalur Gemilang Tidak Lengkap, Syarikat Makanan Bayi Turut Disiasat – KDN


Artikel berkaitan : Agong Anggap Kesilapan Papar Bendera Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.”

“Tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat serta siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.”

KPM turut meminta laporan agar analisis tersebut dikembalikan semula kepada pihaknya dan pembetulan akan dilakukan dengan kadar segera.

3281518

Menurut laporan salinan yang diterima oleh Astro Awani, kesilapan itu terkandung dalam muka surat 4, 14, 15, dan 16.

Laporan analisis tersebut telahpun dikongsikan kepada petugas media selepas pengumuman mengenai keputusan SPM 2024 dibuat oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan.

Sebelum ini, Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan polis untuk membantu siasatan mengenai isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar itu.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.