in

KP Hisham Respon Kes Pesakit Mental Tikam Orang Awam Di Hospital Selayang

pesakit mental tikam

Isu hospital di Malaysia dipenuhi dengan ramai pesakit yang menunggu bukan sesuatu yang baharu. Salah satu puncanya kerana bilangan petugas kesihatan yang sangat terhad.

Tular satu kejadian yang tidak diingini berlaku apabila seorang pesakit mental telah bertindak menyerang dan menikam seorang lelaki yang didakwa menghidap demam denggi di Hospital Selayang.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bersesak menunggu giliran di hospital yang turut dipenuhi dengan pesakit lain.

bh22mariah o BHfield image socialmedia.var 1632313229

The Straits Times mendakwa pesakit mental itu bertindak sedemikian selepas terlalu penat menunggu di ruang menunggu Hospital Selayang untuk dimasukkan ke dalam wad.

Laporan itu mendakwa pesakit berkenaan telah mengambil pisau di pantri kakitangan hospital dan menikam mangsa sebanyak satu kali di belakang badan dan dua kali di bahagian perut.

Kes tersebut telah mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitternya.

Menurutnya, pesakit mental tersebut adalah pesakit yang dibawa ke hospital oleh pihak polis. Beliau menjelaskan pesakit mental boleh bertindak di luar jangkaan di mana-mana tempat sekalipun.

Susulan kejadian itu, pihak mereka akan mengkaji semula prosedur melibatkan pesakit mental bagi menjamin keselamatan pesakit lain di wad kecemasan dan klinik. Insiden ini juga telah dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mangsa yang cedera akibat ditikam berjaya diselamatkan oleh pasukan perubatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Baca: DG Hisham Bakal Siasat Dakwaan Wanita Tak Dilayan Kerana Berseluar Pendek Di Hospital Kampar

seluar pendek hospital kampar