in

“Kita tak boleh bazir, air tak banyak” – Ustaz Don Kongsi Tips Berwuduk ‘Simple’

Cara Wuduk Gunakan Air Mineral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hukum berwuduk sebelum mengerjakan solat adalah wajib. Namun, sekiranya darurat seperti ketiadaan air dan sebagainya, kita dibolehkan untuk bertayamum.

Sebut pasal berwuduk pula, syarat sah untuk berwuduk ialah menggunakan air mutlak atau disebut sebagai air yang suci lagi menyucikan dan kalau korang ingat dahulu dalam kelas agama, disebutkan bahawa air mutlak ini ada 7 iaitu; air hujan, air perigi, air embun, air daripada salji, air mata air, air sungai dan air laut.


Jadi kalau nak diikutkan, tak ada masalah untuk dapatkan salah satu daripada jenis air yang dinyatakan untuk tujuan berwuduk. Sekiranya dalam perjalanan, contoh terdekat nak balik kampung semasa raya nanti, kita boleh berwuduk menggunakan botol spray seperti yang dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini sekiranya tempat berwuduk di perhentian RnR penuh dan sebagainya.

ustaz don horz

Selain menggunakan botol penyembur tadi, salah satu cara lagi ialah berwuduk menggunakan air mineral secara ‘simple’ seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Don yang dikongsi semula di TikTok.

@azzayt.by.dondaniyal #udd #ustdon #ustdondaniyal #ustazdon #ustazdondaniyal #wudhu #khemah #hutan #tawaf #camping #kaabah #mekah #mecca ♬ original sound – azzayt.by.dondaniyal

Menurut perkongsian Ustaz Don tersebut, tatacara mengambil wuduk secara ‘simple’ atau dalam keadaan dimana kita mempunyai bekalan air yang terhad ketika musafir dan sebagainya adalah berlainan dengan tatacara wuduk yang asal.

Tambahnya lagi, sekiranya mempunyai air yang sedikit (satu botol kecil), setiap basuhan anggota hanyalah satu kali dengan syarat ianya dilakukan bersungguh-sungguh dan perlu dipastikan tangan tidak diangkat ketika sapuan dilakukan untuk mengelakkan ianya menjadi air musta’mal.

cats 18

Selain itu, ada satu tips lagi yang diberikan yang ternyata ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang iaitu tangan perlu dibasuh setiap kali sebelum air wuduk diratakan pada anggota bagi menandakan ianya sebagai ‘air baru’ dan bukannya air yang telah digunakan (air musta’mal).

Moga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat lebih-lebih lagi pada musim perayaan ni yang mana biasanya kawasan surau di RnR akan penuh, ada juga yang mengalami masalah bekalan air dan sebagainya.

Baca : Selangor Tarik Tauliah Mengajar Beberapa Ustaz Selebriti Seperti Syamsul Debat Dan Dusuki?

cats 7

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.