in

“Kita nantikan tindakan peguam saya untuk selanjutnya”- Bonda Rozita Respon Isu Dakwaan Tak Bayar Hutang Kontraktor Ubah Suai Rumah Di London

bonda rozita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu yang melanda usahawan terkenal iaitu Bonda Rozita masih belum reda kerana terkini, Bonda Rozita telah didakwa tidak membayar hutang kontraktor yang mengubah suai rumah mewahnya di London, United Kingdom.

Kontraktor tersebut menerusi akaun Instagram seorang individu ini baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram berkenaan, Bonda Rozita didakwa tidak membayar upah kontraktor yang telah mengubah suai rumah di London itu.


WhatsApp Image 2025 05 03 at 1.25.15 PM

Artikel berkaitan : Aliff Syukri Mengalah, Bertemu Bonda Rozita Ketika Acara Sekolah Anak

Artikel berkaitan : Hadiahkan Tasbih & Al-Quran Untuk Mak, Aliff Syukri ‘Nervous’ Dengar Pesanan Bonda Rozita 

Dakwaan itu kemudiannya telah mendapat perhatian Bonda Rozita dan Bonda menerusi Instagram telah memberi respon berkenaan isu dakwaan tidak membayar hutang tersebut.

Respon Bonda Rozita berkenaan dakwaan itu cukup ringkas di mana dia telah pun mengambil tindakan dan meminta warganet untuk menunggu tindakan daripada peguamnya di Malaysia dan di London untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, bonda turut menulis di ruangan kapsyen posting terbabit bahawa dia tidak pernah lari daripada membuat bayaran kepada kilang-kilang yang terlibat dengan perniagaannya dan juga projek mega Rumah Hutan Bonda.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.