Sejak kebelakangan ini, kisah perhubungan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad serta pelakon baru Amelia Christie menjadi bualan ramai.
Sebelum ini, mereka berdua kelihatan begitu mesra dan akrab sehinggakan anak kepada Sharnaaz Ahmad juga dilihat sangat rapat dengan pelakon baru itu.
Artikel berkaitan: Muat Naik Gambar ‘Healing’, Peminat Titip Kata Semangat Buat Amelia Christie
Artikel berkaitan: “Allah tahu yang terbaik” – IG Story Amelia Christie Tarik Perhatian Netizen
Pun begitu, sejak akhir-akhir ini terdapat desas-desus yang mengatakan mereka berdua ini sudah pun tidak bersama lagi, malah Sharnaaz juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah mengiyakan perhubungan mereka.
Terbaru, tular satu video yang dimuat naik oleh sebuah jenama tudung tempatan, di mana Amelia merupakan modelnya, dalam video itu pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 itu diajukan beberapa soalan.
Dalam video tersebut, Amelia ditanyakan beberapa soalan serta satu soalan cepumas iaitu adakah dia masih solo atau sudah berpunya. Namun, dengan begitu tenang Amelia hanya menjawab dia sudah single.
@adeline_hq Amelia org yg baik sangat , memudahkan org sekeliling, sehari bersama Amelia pn terus rasa sayang? #adelinehijab #ameliachristie
Pelakon berusia 24 tahun itu juga sempat berseloroh serta berkongsi ciri-ciri lelaki pilihannya untuk dijadikan pasangan.
Hmm, harap pasangan Amelia selepas ini elok orangnya…
Sumber: TikTok