in

KFC Korea Selatan Lancar Sos Pencicah ‘Mint Chocolate’, Ramai Persoal Ada Yang Nak Makan Ke?

cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak menu unik yang dicipta dan wujud di dunia ini. Ada yang dicipta kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri, namun ada juga menu yang dicipta untuk mendapat perhatian orang ramai.

Di Korea Selatan, perasa Mint Chocolate diterima ramai dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan di sana. Hasilnya, banyak menu dan resipi yang direka dengan menggunakan perasa Mint Chocolate.


Bagaimanapun, menu baharu oleh KFC di sana ternyata menimbulkan persoalan ramai pihak.

1 7

Baru-baru ini, KFC Korea Selatan ada melancarkan menu baharu iaitu sos pencicah Mint Chocolate yang akan disertakan sekali dengan menu ayam goreng. Apa yang merisaukan warganet adalah kesesuaian rasa ‘berangin’ sos itu bersama ayam goreng.

Selain daripada kombinasi ayam dan coklat yang sedikit pelik, ada juga yang mempersoalkan warna sos pencicah itu yang sedikit kebiruan seperti ubat gigi. Jelas warganet, warna seperti itu membuatkan ia kelihatan kurang menyelerakan untuk dimakan.

2 4

Ini bukanlah pertama kali perasa Mint Chocolate digabungkan dengan menu lain. Sebelum ini, beberapa menu unik dengan kombinasi Mint Chocolate pernah diperkenalkan di Korea Selatan.

Antaranya ialah tteokbokki, gulungan telur, piza dan mi.

Tteobokki
Tteobokki

 

Piza
Piza

 

Potongan telur
Potongan telur

 

Mi
Mi

Meskipun menerima kritikan ramai, difahamkan menu KFC tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan di Korea Selatan dan ada yang memuji kombinasi perasa Mint Chocolate dan ayam goreng adalah satu idea yang bijak.

Siapa penggemar perasa mint chocolate?

 

BACA: Model Ukraine Luah Susah Cari Jodoh, Hanya Cashier KFC Yang Masih ‘Solo’ Di Sana

cats 28

Sumber: KFC Korea
Sumber: NBC
Sumber: Naver

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.