in

Kes Mayat Wanita Dalam Longkang: Suspek Mengaku B*nuh, Perlu Wang Tengok Perlawanan Bola Di Kemboja

Suspek Bunuh Wanita Wang Nak Tengok Bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang kini ditahan reman sanggup membunuh seorang wanita demi menampung perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh pada 8 Disember lalu.

Suspek yang merupakan seorang lelaki Sarawak berusia 23 tahun mengaku telah melakukan perkara tidak bermoral itu hingga menyebabkan kematian wanita di Tabuan Jaya.


Menurut laporan, mayat wanita tersebut telah ditemukan di kawasan longkang Jalan Setia Raja dalam keadaan sudah mereput yang menggemparkan penduduk setempat.

Artikel berkaitan: Jumpa Lelaki Baru Dikenali, Wanita Hilang Ditemui Ma*t Dalam Longkang Selepas 10 Hari

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memaklumkan suspek mengaku mengambil barang kemas mangsa iaitu gelang tangan dan anting-anting emas untuk digadai.

“Ketika dalam soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai kerana dia memerlukan wang untuk perbelanjaan bagi menyaksikan kejohanan bola sepak di Kemboja,” katanya.

Img 20241218 Wa0002

Jelasnya, berdasarkan pengakuan suspek dan bukti yang diperoleh, polis percaya kes ini hampir selesai.

“Suspek juga menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang sehingga membawa kepada penemuan mayat wanita yang sudah reput baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, polis turut memaklumkan telah menemui beberapa bahan bukti baharu antaranya pakaian, gigi dan gumpalan rambut.

Terdahulu, polis menerima laporan kehilangan seorang wanita, Nurul Asikin Lan, 26, selepas dia dikatakan keluar dengan seorang lelaki yang baru dikenali.

Polis kini sedang menunggu keputusan ujian DNA untuk pengesahan identiti berikutan keadaan mayat yang sudah reput sehingga keluarga wanita terbabit tidak dapat mengecamnya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.