Ramai model yang tidak berada di bawah mana-mana modelling agency memilih untuk menggunakan media sosial sebagai salah satu jalan untuk meraih pendapatan.
Pun begitu, niat manusia tidak dapat dibaca melalui media sosial, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap model-model ini.
Terbaru, seorang Tweetfamous berkongsi Direct Message (DM) di mana seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang jurugambar dan menawarkan gadis tersebut untuk satu sesi bergambar untuk memperagakan baju kebaya.
Nak scam kita ingat kita bodo ke 😂 pic.twitter.com/4EYXEsuDwN
— 🍃 (@Tiwerdszz_) December 21, 2022
Dalam perbualan yang dikongsikan oleh @Tywerdsz_ itu, jelas kelihatan individu tersebut menawarkan jumlah bayaran tinggi sekiranya dia sanggup bergambar memakai tudung tetapi kain menampakkan betis.
Malah, lebih membuatkan ramai naik darah jurugambar palsu itu sebenarnya menggunakan gambar individu lain untuk menjerat mangsa.
Btw gais owner gambar muncul dia kata tu bukan dia so yang dm tu sah sah lah fake account. Kesian orang lain pulak yang kena lepasni and now account tu guna gambar orang lain pulak 😭😭 pic.twitter.com/7rlfYYBP2q
— 🍃 (@Tiwerdszz_) December 22, 2022
“Lain macam photographer ni…”
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata mempersoalkan motif jurugambar terbabit. Ramai juga yang menganggap individu tersebut seorang scammer.
Adui, abang ni pun, ingat orang tak pandai ke?
Baca: Lelaki Dedah Pasukan LA Galaxy Pernah Kena ‘Scam’ Dengan Harimau Malaya ‘Copy’