Kita semua akan cakap yang kita tak sukakan gosip dan kalau baca artikel yang tulis tentang gosip pun mesti akan ada komen-komen yang cakap tak perlu keluarkan cerita-cerita macam ni. Tapi hakikatnya, bila ada cerita-cerita panas terbaru, sukar untuk korang tahan diri dari mengetahuinya kan?
Dengan lambakan media sosial sekarang, gosip jadi lebih mudah untuk disebarkan dan kita pun boleh dapat tahu tentang sesuatu perkara dengan hanya menggunakan hujung jari.
Walaupun kita tahu gosip ni tak elok dan berdosa, kita masih terjebak dengan perkara ini dan kadang-kadang tu rasa seronok untuk tahu banyak benda tentang perihal selebriti atau orang lain. Jadi kalau korang nak tahu kenapa, jom tengok sains disebalik bergosip ni!
Artikel berkaitan: “Haa! suka gosip tau” – Ramai Peminat Risau Lepas Tengok IG Stories TokTi, Ini Respon Siti Nurhaliza
Artikel berkaitan: Buat Podcast ‘Membawang’ Pekerja Sendiri, Syarikat Animasi Tempatan Terkenal Dikecam Netizen?
Gosip merupakan lumrah manusia – Saintis
Saintis sosial telah menemui bahawa semua orang telah dicipta untuk memberi perhatian terhadap gosip dan untuk ambil tahu tentang sesuatu perkara. Malah, ia merupakan penyesuaian evolusi yang menjadikan sifat manusia untuk bercerita tentang orang lain.
Kita merupakan keturunan orang yang suka bergosip. Ini kerana, orang-orang ketika zaman pra-sejarah yang suka ambil tahu tentang kehidupan orang lain lebih berjaya dari ‘katak bawah tempurung'”. – Frank McAndrew, Profesor Psikologi.
Menurut McAndrew, pakar dalam sifat sosial manusia dan gosip, bagi orang-orang zaman batu, mereka perlu tahu apa yang berlaku pada orang-orang sekeliling untuk meneruskan hidup.
Siapa tidur dengan siapa? Siapa yang mempunyai kuasa? Siapa yang mempunyai akses terhadap sumber? Dan kalau dorang tak tahu semua tu, dorang tak akan berjaya.”
Gosip secara keseluruhannya merupakan perkara yang negatif, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan khabar angin yang tak betul atau mencampuri urusan peribadi seseorang.
Bukan perempuan je suka bergosip!
Kebanyakan pengkaji mendefinisikan gosip sebagai bercakap tentang seseorang yang tak ada ketika perbualan berlaku dan kongsikan maklumat yang tak ramai ketahui.
Menurut analisis dari pengkaji di Universiti California Riverside, secara purata, seseorang itu menghabiskan masa selama 52 minit sehari untuk bergosip.
Namun begitu, kebanyakan gosip adalah harmless. Menurut seorang profesor psikologi di UC Riverside, Megan Robbins, 15% dari gosip kita melibatkan penghakiman negatif. Namun begitu, secara puratanya orang-orang hanya memberikan fakta seperti “orang tu suka balik lambat” atau “dia tak datang sebab kena pergi hospital.”
Perbualan seperti ini biasanya membantu seseorang itu untuk membina persahabatan atau untuk mendapat maklumat penting bagi kehidupan sosial.
Selain itu, bergosip sering dikaitkan dengan feminin, tak ada kelas atau hanya dibuat oleh orang-orang yang tidak berpendidikan. Namun begitu, Robbins mengatakan semua orang suka bergosip.
Data kami telah menunjukkan bahawa kesemua sterotaip tersebut tak benar. Sebagai spesis sosial, kita perlu bercakap tentang orang lain. Kita tak tinggal dalam pengasingan dan kita bercakap tentang orang lain ketika seseorang tu tak ada.”
Semua orang bergosip dan kadang-kadang tak semua gosip ni teruk
Bergosip boleh menjadi satu perkara yang tak buruk sekiranya ia tidak melibatkan komen-komen kasar tentang penampilan, kesihatan atau cerita-cerita yang tak betul.
Gosip yang bersifat negatif boleh menjadi berguna sekiranya ia boleh membuatkan seseorang itu belajar dari perkara yang mereka dengari dan boleh menjadikan diri lebih baik.
Robbins berkata, terdapat kajian yang menunjukkan gosip boleh membuatkan seseorang itu menilai semula sifat mereka serta mengelakkan diri dari mendekatkan diri dengan orang yang mempunyai sifat-sifat negatif dan sekaligus mengelakkan diri dari menjadi bahan gosip.
Sebagai contoh, bila kita mulakan kerja baru, kita boleh gunakan gosip dari orang lama untuk mengetahui tentang pekerjaan kita seperti siapa yang kita boleh percaya, budaya kerja dan sifat majikan kita sendiri.
Bergosip juga tidak terhad kepada umur seseorang. Menurut profesor psikologi Stacy Torres, ia juga menjadi tabiat untuk warga-warga emas yang tinggal bersendirian untuk bergosip di kedai makan sebagai cara mereka untuk berhubung dengan orang lain dan mengekalkan ikatan sosial serta mengurangkan kesunyian.
Kita dapat lihat perkara ini berlaku di setiap budaya dan seluruh peringkat umur. Kebanyakan dari mereka akan cakap, ‘oh aku tak nak masuk campur’ atau ‘oh aku kena hati-hati bila bercakap’ tapi kebanyakan dari mereka akan mengambil tahu tentang sesuatu gosip.”
Kenapa kita suka ambil tahu tentang selebriti?
Manusia telah dicipta untuk kisah tentang kehidupan orang lain seperti keluarga, rakan mahupun musuh. Pengkaji melabelkan orang-orang ini sebagai “kepentingan bersosial”. Tapi kenapa kita gemar untuk mengetahui cerita-cerita tentang orang terkenal yang kita sendiri pun tak pernah jumpa?
Dengan kehadiran internet dan media sosial, kita mengetahui banyak perkara tentang orang-orang yang kita sendiri pun tak kenal secara peribadi. Bila kita tahu maklumat seperti itu, otak kita telah membuat helah untuk berfikir bahawa selebriti merupakan orang yang penting dalam kehidupan kita.
Salah satu kajian dari McAndrew menunjukkan, kita akan tertarik dengan kisah-kisah selebriti yang mempunyai jantina atau umur yang lebih kurang sama dengan kita.
Walaupun kita sebenarnya tahu yang dorang tu tak ada kena mengena dengan kehidupan kita, tapi mereka telah menekan butang yang sama di dalam otak kita seperti orang yang penting dalam kehidupan kita.”
Gosip selebriti juga boleh dijadikan topik ketika bercakap dengan orang lain. Mengetahui tentang isu pop semasa memberikan kita pengetahuan untuk bercakap dengan orang lain ketika kita berasa kekok untuk bercakap dengan seseorang.
Kalau korang risau yang gosip korang tu terlalu berlebih-lebih atau menjatuhkan orang lain, ini bermakna korang tak gunakan kemahiran gosip dengan betul.
Tukang gosip yang jahat adalah orang yang beritahu semua yang mereka dengar kepada orang lain atau kepada sesiapa yang nak dengar cerita mereka atau individu yang mempunyai agenda untuk kepentingan mereka sendiri dengan merosakkan reputasi orang lain.”
McAndrew menambah, sekiranya gosip yang korang sebarkan mula merosakkan hubungan korang dengan orang lain atau mengganggu kerja korang, ini bermakna korang patut kurangkan bergosip.
Sumber: CNN