Tahun ini, Malaysia menyambut Hari Merdeka yang ke 65, dengan tema Teguh Bersama, sambutan tahun ini menyaksikan banyak perarakan yang diadakan di setiap negeri, pun begitu Dataran Merdeka di Kuala Lumpur dibanjiri hampir 50,000 orang.
Meriah betul!
Masih lagi dalam mood Hari Kebangsaan, sebuah video telah tular di TikTok di mana seorang gadis berbangsa Melayu berkongsi pengalaman truly Malaysian apabila dia mencuba untuk memakai pakaian tradisi kaum India iaitu saree.
https://www.tiktok.com/@diyana.azmi_/video/7137952427621272858?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7133405703553418753
Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @diyana.azmi_ , beberapa orang wanita kaum India membantunya untuk memakai saree yang sebelumnya dipakai sendiri menggunakan tutorial daripada YouTube.
“Then suddenly, dorang tegur I cakap I look good in saree pastu offer untuk betulkan sekali” tulisnya.
Difahamkan, situasi penuh muhibah itu terjadi di hadapan stesen LRT Masjid Jamek dan ia mendapat perhatian ramai, setakat artikel ini ditulis video tersebut telah mendapat lebih 300K tontonan serta lebih 500 komen.
“Sayanganya dekat semua rakyat Malaysia!”
Video tersebut sudah pastinya dapat menambat hati rakyat Malaysia, ia bukan sahaja menyemarakkan keharmonian malah ia juga menunjukkan sifat saling mengambil berat tidak mengira kaum dan budaya.
Terharunya! Semoga negara kita sentiasa aman dan harmoni!