Pasangan Islam yang belum berkahwin sememangnya tidak dibenarkan untuk berdua-duaan apatah lagi bersekedudukan tanpa sebarang ikatan yang sah.
Kesalahan itu boleh didakwa dalam mahkamah syariah dan dianggap sebagai jenayah di mana pesalah berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Terbaru, seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di daerah Kulim, Kedah.
Apa yang membimbangkan adalah, pasangan itu berkenalan tidak sampai 24 jam sebelum bersetuju untuk check in di hotel tersebut.
Dalam laporan Harian Metro, pasangan itu dipercayai berkenalan dalam aplikasi media sosial sebelum dicekup khalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel berkenaan pada 10.15 malam.
Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad, lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai mempunyai urusan kerja di Kedah dan datang ke situ dari Perak sebelum bertemu dengan wanita terbabit.
Tambahnya, pemeriksaan mendapati, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan pasangan suami isteri atau mahram.
Kesian isteri dia…
Baca: Pasangan Didakwa Main Kayu Tiga, Isteri Gantung Banner Depan Rumah Dedah Kecurangan Suami