Zaman sekarang memang bahaya, pantang ‘lepa’ sikit je, macam-macam boleh terjadi seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita ini.
Menurut mangsa, dia ingin ke kedai serbaneka dan berniat untuk ke sana dalam masa yang singkat. Lalu tanpa curiga, wanita ini tidak mengunci kereta dan membiarkan barang berharga miliknya di dalam kereta.
Namun, malang tidak berbau apabila ada seorang lelaki yang menaiki motor cuba menghampiri keretanya dan mencuri beg atau tas tangan milik wanita itu sebelum berlalu pergi. Kejadian itu telah dirakam menerusi CCTV yang ada di kawasan kedai tersebut.
Artikel berkaitan : Baru 20 Minit Diikat Jamin, Pemandu Lori Langgar Anggota FRU Ditahan Semula Sebab Kes Curi Lembu
Artikel berkaitan : View Chin Bawa Bekas Isteri Makan Malam Dengan Anak-anak Curi Tumpuan Netizen
Biarpun terkejut, wanita ini anggap ia satu perkara yang melucukan kerana dia tidak mempunyai wang tunai yang banyak di dalam dompet miliknya. Meskipun marah kerana terpaksa membayar RM 265 untuk membuat kad pengenalan baharu, wanita ini berseloroh kerana dalam beg tersebut cuma terkandung maskara yang baru dibelinya.
Dalam pada itu, wanita ini juga menganggap bahawa tindakan pencuri itu hanyalah sia-sia kerana dia hanya mempunyai wang tunai kira-kira RM 20 sahaja. Malah ia sangat merugikan jika pencuri itu ditangkap disebabkan kejadian tersebut.
Mangsa juga pada masa yang sama menggesa orang ramai terutamanya yang berada di Bangi atau Kajang untuk berhati-hati dengan kelibat pencuri bermotor biru ini.
“Jadi hasil dari kecuaian ni. Maka buat lah ic kali kedua dengan bayaran selepas diskaun RM265 😂 Warga bangi kajang. Beware ye dengan pencuri naik moto biru ni.”
@husnaiberahimm Jadi hasil dari kecuaian ni. Maka buat lah ic kali kedua dengan bayaran selepas diskaun RM265 😂 Warga bangi kajang. Beware ye dengan pencuri naik moto biru ni. #ysuku #kajang #bangi #beware #pencuri #fyp #fypdonggggggg #masukberanda
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur kerana mereka juga tidak mempunyai banyak wang di dalam dompet terutamanya para ibu. Namun begitu, ada juga yang ambil berat seandainya pencuri menggunakan kad bank wanita ini.
Hurm, mungkin akak tu dah block kad bank kot. Nasib lah zaman sekarang zaman cashless, yang ralatnya kalau IC je lah hilang dan dokumen penting. Apapun kita kena hati-hati.
Sumber : TikTok