in

“Kena bagi warning” – Tips Ibu Ini Atasi Anak Meragam Boleh Dicontohi

tips elak anak meragam selepas bermain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak alami situasi dimana kanak-kanak meragam apabila tiba masa untuk balik dari sesuatu tempat yang menggembirakan mereka? Jika ya, pastinya situasi ini akan membuatkan ramai hilang sabar dan biasanya kanak-kanak tersebut akan dipaksa balik dan dibawa sambil menangis atau lebih teruk, menyebabkan mereka tantrum sepanjang hari.

Jika korang mempunyai atau biasa berdepan dengan situasi yang disebutkan tadi, mungkin boleh ikuti perkongsian oleh seorang wanita di TikTok ini yang sering kongsikan tips keibubapaan kepada pengikut beliau seramai 6.3 juta ini.


Menurut perkongsian tersebut, dia juga kadangkala mempunyai masalah untuk mengelakkan anak-anaknya membuat ‘perangai’, tetapi dia menggunakan satu pendekatan yang lembut dan menerusi komen-komen yang ditinggalkan, ianya berkesan dan efektif.

tips ajak anak balik tanpa tantrum

Menerusi kapsyen video yang mendapat likes sebanyak 1.5 juta ini, wanita tersebut mengatakan bahawa proses transisi adalah sesuatu yang agak sukar untuk kanak-kanak terutamanya untuk meninggalkan tempat yang mereka gemari, sebagai contoh dalam video tersebut ialah taman permainan.

Jadi, bagi mengelakkan kanak-kanak untuk ‘buat perangai’ jika tiba waktu untuk pulang, dia menyarankan supaya ibu bapa memberikan ‘amaran’ atau peringatan kepada anak-anak 5 minit sebelum waktu nak balik.

Secara tak langsung, ia akan memberikan waktu untuk anak-anak supaya menyiapkan mental mereka sebelum waktu pulang dan mereka akan ‘set’ di kepala mereka bahawa masa bermain akan habis.

Selepas 3 minit, berikan pula peringatan kedua yang menandakan waktu bermain mereka akan tamat dalam masa dua minit. Waktu ini, ibu bapa disarankan untuk galakkan anak untuk mencuba permainan yang mereka gemari buat beberapa kali terakhir.

@lauralove5514 Transitions are hard for kids, especially when they’re having fun where they are! I hope this helps! ♥️ #PringlesCanHands #viral #foryou #fyp #parenting #gentleparenting #toddlermom ♬ original sound – LauraLove

Tidak digalakkan untuk memberikan ‘masa’ peringatan yang kurang dari 2 minit. Ini kerana ia akan menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan dan bimbang. 

Biasanya, selepas waktu 5 minit yang diberikan dari awal tadi berakhir, anak-anaknya tidak akan bermasalah untuk pulang. Tetapi, sekiranya mereka masih ‘berat’ nak pulang, disarankan untuk memberikan mereka peluang terakhir untuk bermain apa yang mereka mahukan sambil mengingatkan anak tersebut yang mereka akan pulang selepas itu.

Sebagai langkah terakhir, berikan pilihan kepada anak-anak untuk berjalan sendiri ke kereta ataupun didukung. Biasanya ketika ini, mereka sudah bersedia untuk balik tanpa sebarang masalah.

cats 9

Menerusi ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada wanita yang dikenali sebagai Laura ini atas perkongsian yang sangat membantu tersebut. Selain itu, ada juga antara mereka yang kongsikan cara lain untuk atasi masalah yang sama.

Antaranya, ada yang memberikan pilihan 5 aktiviti untuk dibuat anak-anak sebelum waktu balik atau ada yang cadangkan aktiviti ‘lumba lari’ ke kereta.

Untuk korang yang ada anak-anak atau sering berdepan dengan situasi ni bila ke playground tu, boleh lah try tips ini nanti okay? Lepas tu share dengan kitorang, jadi ke tidak.

Baca : “Anak itu cerminan kita” – Bapa Kongsi Tips Pupuk Minat Membaca Terhadap Anak-anak

pupuk minat anak membaca

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.