Semenjak dua menjak ini, korang perasan tak ramai yang buat majlis kahwin sana-sini? Semasa majlis-majlis beginilah kita semua dapat bertemu dengan sanak saudara dan sahabat handai yang dah lama kita tak berjumpa semenjak PKP hampir dua tahun lepas. Mesti seronokkan?
Pun begitu, tweet seorang individu baru-baru ini telah menimbulkan perbincangan hangat netizen apabila dia mempersoalkan tindakan ‘strangers’ bertanyakan mengenai pekerjaan seseorang ketika bertemu di majlis kenduri.
https://twitter.com/drhasifi/status/1488466158273449984
Menerusi tweet yang dikongsikannya, dia meminta mereka yang berkunjung ke majlis kenduri untuk berhenti bertanya soal peribadi kerana tidak semua orang selesa untuk menjawab soalan tersebut.
“Tanya kerja je pun bukan minta payslip”
Posting yang telah menerima 19,000 likes dan lebih 12,000 retweet ini walau bagaimanapun telah menerima respon yang pelbagai daripada netizen.
Ada di antaranya yang bersetuju perkara tersebut ialah suatu perkara sensitif untuk dibicarakan kepada orang yang baru dikenali, dan ada juga yang tidak bersetuju dengannya kerana menganggap ia adalah topik perbualan biasa di majlis keramaian.
“Saya menjalankan eksperimen media sosial”
Selepas tweet berkenaan menerima pelbagai kritikan dan komen pedas netizen, pemilik tweet, Wan Hasifi Amin di Facebook mendedahkan rupanya posting tersebut ialah sekadar satu eksperimen media sosial yang dilakukannya.
Tujuan eksperimen itu adalah untuk menganalisa SOP yang telah dirangkanya untuk Tatacara Pemilihan Tajuk & Penulisan di Media Sosial untuk kegunaan syarikatnya. Ohhh plot twist betul!
Nah korang boleh baca lebih lanjut hasil eksperimen Wan Hasifi ini:
https://www.facebook.com/whasifi/posts/10227008543904309
Posting penjelasan daripada pemilik itu telah menerima pelbagai respon netizen yang mana antaranya terkejut dengan cara dia membuat eksperimen, namun ada juga yang berpendapat ia sekadar dibuat-buat untuk menutup rasa malu selepas dikecam di Twitter.
Apa-apapun tak sangka pula ramai terjebak dengan isu ini ye? Korang relax je okay, jangan terbawa-bawa sangat sebab semuanya sekadar eksperimen je.
Baca: Lelaki Tunjuk ‘Besar’ Dengan Tengking Pekerja McD Ketika ‘Drive-Thru’ Terima Kecaman