Isu mengenai Hot Daddy kini sedang menjadi tumpuan netizen apabila dia baru-baru ini tampil memberikan kenyataan pedas buat netizen yang mengecamnya.
Dia mendakwa ramai netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadapnya atas perbuatannya itu.
Artikel berkaitan : “Phone dah kena ambil” – Zarina Anjoulie Disiasat MCMC Isu Panas Dengan Hot Daddy
Artikel berkaitan : “Asal nak beli ke?” – Tular Muat Naik Video Dengan Hot Daddy, Ini Respon Zarina Anjoulie
Eh b*rua, aku ni bersekongkol dengan Isr*el ke? – Hot Daddy
Dalam satu hantaran di Instagram, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif menemplak netizen dengan mempersoalkan apa yang telah dia lakukan. Tegasnya, ada kes yang boleh dijamin dan tak boleh dijamin.
“Contohnya kes yang tak boleh dijamin, kes bunuh, contoh kes yang melibatkan kematian lah, kes penipuan, ini yang aku tahu lah, yang melibatkan kerajaan dan jutaan ringgit ataupun kes rasuah ataupun kes dadah, kes rogol bawah umur, senjata api.”
“Kau jangan lah jadi bebal sangat, aku ni buat maksiat, bezanya aku buat video.”
Malah, Hasli Ikhwan juga ada mengecam pempengaruh Iesya Toh yang didakwa melibatkan namanya ketika memberikan komen pada hantaran Zarina Anjoulie.
“Kau reply dekat komen Anju, kau tag aku, kau sound aku, lepas tu, lepastu kau sekat aku lepas aku dah balas kau punya komen, kau sebenarnya nak apa?”
Dengan penuh sinis, Ikhwan turut memberikan satu tawaran buat pempengaruh itu. Boleh tengok video penuh di sini.
View this post on Instagram
Kau nak kena saman? – Iesya Toh
Tidak berdiam diri, Iesya Toh tampil memberikan respon. Dalam ruangan komen itu, difahamkan Hasli Ikhwan ada mendakwa bahawa Iesya mempunyai hubungan sulit dengan menteri.
Disebabkan itu, dia meminta Hasli Ikhwan untuk buktikan nama menteri yang dikaitkan dengannya itu serta memberi amaran bahawa kenyataan tersebut boleh membuatkan dirinya mengambil tindakan saman.
Sebelum ini, Hasli Ikhwan Arif, 32 telah didakwa bersama dua wanita lain, Norshazrina, 27, dan Norhidayah, 24 kerana membuat pengiklanan khidmat persundalan mengunakan aplikasi X menyebabkan orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan. Bagaimanapun, dia dilepaskan tanpa bebas daripada pertuduhan tersebut.
Sumber : Astro Awani, Instagram