Berita ledukan kapal selam Titan semasa ekspedisi selaman untuk melihat bangkai kapal ikonik Titanic baru-baru ini sememangnya menggemparkan kerana ia membawa ramai penumpang berprofil tinggi dengan bayaran sejumlah RM1.2 juta.
Pun begitu, ada juga antara mereka yang pernah mengikuti ekspedisi yang sama tampil untuk kongsikan pengalaman masing-masing mengikuti pengembaraan yang dikelolakan oleh syarikat OceanGate berkenaan.
Salah seorang yang tampil untuk kongsikan pengalaman pengembaraan tersebut adalah seorang personaliti YouTube dari Mexico, Alan Estrada yang pernah turut serta dalam pengembaraan oleh OceanGate.
Menurutnya, pengembaraannya terdahulu juga mengalami beberapa masalah dan risiko yang tinggi sebagai salah satu dari ‘tarikan’ ekspedisi berkanan.
Difahamkan, OceanGate mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John’s, Newfoundland.
Alan merupakan salah seorang yang terawal yang berjaya dalam eskpedisi terdahulu untuk melawat bangkai Titanic yang terletak di lautan Atlantik yang karam kira-kira 110 tahun dahulu dan ketika membaca mengenai tragedi kapal selam Titan, dia menjelaskan ia merupakan syarikat yang sama yang mengendalikan selamannya sebelum ini.
Menurutnya, kapal berkenaan mempunyai bekalan untuk membolehkan penumpang bertahan selama 5 hari.
Pada 18 Jun, kapal selam sepanjang 6.5 meter dikendalikan syarikat OceanGate Expeditions itu memulakan selaman dan terputus hubungan dengan permukaan kira-kira satu jam 24 minit dan kali terakhir ia dijejak ketika ia berada berhampiran Titanic.
Menurut CBS News, antara penumpang di dalam kapal selam tersebut termasuklah jutawan British Hamish Harding, jutawan Pakistan Shahzada Dawood dan anak lelakinya Suleman, penjelajah Perancis Paul-Henri Nargeolet serta CEO OceanGate Stockton Rush.
Apa yang pasti, kapal berkenaan tidak boleh dibuka dari dalam dan perlu dibuka dari luar dan melibatkan operasi yang kompleks.
Tambah personaliti YouTube Mexico berkenaan pada 2021, pengembaraannya semasa itu terpaksa ditangguh gara-gara beberapa masalah dan hanya selepas setahun, cubaan untuk melawat bangkai kapal Titanic berjaya dilakukan dan ia juga bukanlah perjalanan yang lancar kerana turut berdepan masalah.
Menurutnya, ada ketika kapal berkenaan gagal untuk berkomunikasi dengan darat dan krew ketika itu tidak meneruskan selaman sehingga masalah komunikasi berkenaan dapat diatasi dan tambah Alan lagi, masalah ini biasanya akan berlaku kepada sebarang kenderaan berbentuk sedemikian.
Tambahnya lagi, kapal milik OceanGate ini merupakan yang pertama seumpamanya, dibuat menggunakan gentian karbon dan sistem yang menyokong kedalaman yang ingin diteroka walaupun agak sukar untuk pastikan ianya berfungsi.
Oleh itu, protokol berkenaan keselamatan sangat diutamakan dan ketika itu telah dibaiki dan pengembaraan berkenaan dijanjikan dalam tempoh 8 jam dimana penumpang diminta untuk menandatangani pelepasan dokumen liabiliti yang agak terperinci sebelum menaiki kapal selam.
Baca : Kapal Selam ‘Titan’ MELETUP & Kesemua Lima Penumpang Maut, Ini Mungkin Puncanya…