Seorang pempengaruh di TikTok menarik perhatian ramai di TikTok kerana ketinggiannya yang luar biasa untuk seorang wanita.
Malangnya, Nur Syahirah Saufi atau lebih dikenali sebagai SchaYang itu telah meninggal dunia dan lebih menyedihkan, wanita berkenaan baru sahaja mendirikan rumah tangga selama seminggu.
Artikel berkaitan: “Saya sayang babah” – Anak Arwah Hamdan Senario Luah Rasa Hati, Buat Netizen Sebak
Artikel berkaitan: “Rindu, tak boleh tipu” – Ina Naim Demam 3 Hari, Dedah Arwah Suami Muncul Dalam Mimpi
Suaminya, Muhammad Syahmi Zulkefli berkongsi arwah isterinya itu sempat membelikan sepasang baju Melayu berwarna coklat untuk dipakai ketika hari raya Aidilfitri nanti.
@itsscha_here Replying to @Rouge 🤭🤭🤭🤭#tall #tallcouple #kawin #brideshower @syahmi__07
Menurutnya, arwah Nur Syahirah sangat gembira apabila dapat membelikan baju tersebut selepas beberapa hari melangsungkan perkahwinan.
“Dia beli sepasang baju Melayu untuk saya pakai semasa Hari Raya Aidilfitri nanti tetapi tidak membeli baju kurung untuk dirinya sendiri.
Kami sudah berpakat untuk memakai baju warna sedondon pada satu Syawal nanti, tetapi arwah hanya beli baju saya sahaja.
Dia ada mengatakan bahawa akan membeli baju kurung yang berwarna sama dengan saya tidak lama lagi. Saya amat terkilan kerana arwah tidak sempat melihat saya memakai baju itu di depannya. Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya.
Syahmi berkata dia sebenarnya sudah terdetik untuk membeli baju kurung berwarna coklat kepada arwah isterinya apabila melihat kesungguhan Nur Syahirah merancang untuk berbusana sedondon semasa perayaan itu nanti.
SchaYang mempunyai lebih 96,000 pengikut di TikTok itu meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira pukul 11 malam pada 6 Februari lalu.
Sumber: Kosmo!