Sejak kebelakangan ini, cuaca sekarang sangat panas membahang sampaikan kat rumah kita yang redup tu pun akan terasa bahangnya. Jadi, tidak mustahillah kalau ada kes ular menyelinap masuk di kawasan sejuk dan yang tertutup.
Biasanya kes-kes ular masuk celah tayar, dan enjin ini akan berlaku pada musim panas dan nampaknya ia terjadi kepada seorang pengguna TikTok baru-baru ini.
Artikel berkaitan : Tular Gambar Perbuatan Tak Senonoh Lelaki Terhadap Kanak-kanak, Polis Sudah Jalankan Siasatan
Artikel berkaitan : Lelaki Cedera Dipatuk Ular Ketika Berwuduk
Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita tersebut, pada hari kejadian dia baru sahaja habis makan di luar dan menerima satu nota daripada orang awam di cermin keretanya. Dalam memo tersebut, dia diberitahu bahawa ada ular di bahagian enjin keretanya.
Apabila pihak bomba sampai dilihat terdapat ular sawa sedang melingkar di bahagian enjinnya dan agak seriau apabila melihat saiz ular yang begitu besar.
Pihak bomba sempat berseloroh kepada wanita ini dengan mengatakan jika dia ingin membelanya atau bawa dari kampung halaman, sambil menjalankan tugas mereka untuk mengeluarkan ular tersebut.
“Bayangkan kalau tak ada hamba Allah yang berhati mulia tu tinggalkan nota, mau kena belit dalam kereta.”
Mujurlah ular tersebut telah berjaya dikeluarkan dan dibawa pergi oleh pihak bomba. Wanita ini berterima kasih kepada individu yang sudi meninggalkan nota tersebut kepadanya kerana telah menyelamatkan dirinya daripada ancaman.
@risshas “Dah takde haiwan lain ke kau nak bela? ” Pengalaman pertama saya ular masuk dalam kereta😂 Tah la nak rasa takut ke exited. Mujur lah ade hamba Allah baik hati tinggalkan nota kat cermin kereta, kalau tidak tak tau la apa jadi. Hanya Allah yang dapat balas jasa mu. Terima kasih jugak abang² bomba yang tolong, jasamu dikenang 🫡 Maaf yang ni saya takleh nak sattle sendiri..sebab cikgu saya dulu tak ajar main ular, dia ajar main tali je. Sekian laporan saya. #ularsawa #bombamalaysia #abangbomba #celorengmerah #ular #bombasentul #kl #makananviral #fypシ #foryou #viral #fyp #masukberandafyp #foryourpage
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang seriau melihat keadaan ular itu dan ramai juga yang berterima kasih kepada insan mulia yang meninggalkan nota itu kepadanya.
Min yang tengok dari sini pun seriau dah, jadi fobia nak park kereta area-area semak samun.
Sumber : TikTok