in

“Kalau nak bersenam, keluar dulu.” – Doktor Beri Satu Tip Mudah Bersenam Untuk Pemula

bersenam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang ingin mula bersenam, namun tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk melawan ‘rasa malas’ yang datang sebelum beriadah.

Untuk mereka yang baru ingin mula bersenam, seorang doktor yang juga dikenali sebagai Dr Erna Nadia telah berkongsi beberapa langkah yang boleh dipraktikkan oleh pemula.


Jawapannya mudah sahaja – Keluar dan lari dahulu.

Menurutnya lagi, berjalan, berlari atau berjogging merupakan senaman yang mudah, bagus untuk jantung dan dapat membakar banyak kalori.

“Sebelum keluar, pakai pakaian sukan, tak kisah macam mana janji menutup aurat untuk yang muslim, saya akan sarankan baju tshirt sukan, seluar track yang selesa dan kasut.

“Kasut sukan ni ikut poket masing masing. Tak perlu ikut orang dan tak perlu mahal mahal asalkan selesa,” katanya.

bersenam
Gambar hiasan

Tambah Dr Erna, mereka yang tidak pernah berlari boleh mulakan senaman dengan larian santai.

“Tak perlu paksa diri. Sehari dapat ‘brisk walk’ atau jogging setengah jam pun okay. Bila dah biasa berlari nanti akan rasa enjoy.

“Saya memang dari kecil suka berlari sebab tu jadi atlit sekolah. Ini sahaja sukan yang saya suka, selain netball, handball dan lompat tinggi.

“Dah berusia ini saya enjoy ‘long distance running’ dan jogging. Ada kata saya lari laju tapi itulah ‘pace’ yang saya selesa.

“Takde tips apa pun. Jawapannya adalah lari sahaja,” jelasnya lagi.

Dr Erna juga sempat berpesan agar kita betulkan niat dan bukannya bersenam semata-mata ingin kurus, tetapi untuk menguatkan otot badan supaya kita lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.

“Kalau rasa tak ada masa lari di luar, lari dalam rumah atau buatlah senaman dalam rumah. Pasang Youtube dan ikutlah steps dengan betul. Boleh buat dengan anak anak dan pasangan. Syok tau.

“Ikutlah senaman apa yang kita suka dan selesa ya. Tak perlu ikut sesiapa dan tak perlu rasa stress,” pesannya.

Okay, jom mula bersenam hari ini? 

Kredit: Facebook Dr Erna

Baca: Nak cuba jogging tapi rasa nak pengsan – Bekas Pesakit Kongsi Siksa Sindrom Post Covid-19

covid2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.