in

“Kalau kau Islam janganlah menipu” – Mark Adam ‘Sound’ Netizen Tabur Fitnah Isu Satay Bhalut

mark adam satay bhalut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari ini, kecoh diperkatakan mengenai keluhan orang ramai berkenaan harga Satay Bhalut yang dijual oleh Mark Adam yang dikatakan agak mahal.

Meskipun Mark sudah membuat penjelasan berhubung harga tersebut, masih ada yang dikatakan tidak berpuas hati sehingga penguatkuasa KPDN dikatakan telah hadir ke gerainya untuk membuat pemeriksaan.


WhatsApp Image 2025 01 02 at 18

Artikel berkaitan: Gara-gara Kecoh Isu ‘Sate Bhalut’ Mark Adam, Sate ‘Legend’ Ini Jadi Perhatian Ramai

Artikel berkaitan: “Dah jelaskan tapi masih tak puas hati” -Mark Adam Dedah Pihak Berkuasa Datang Check Gerai

“Kalau kau Islam janganlah menipu” 

Menerusi perkongsian Mark di Instagram, dia meluahkan rasa kecewanya apabila ada netizen yang meninggalkan komen mengatakan ‘rasa’ menyesal membeli sate jualannya itu.

Snapinsta.app 472215053 18485570083030469 5980712601414295081 n 1080

Mark kemudian membalas komen itu dengan meminta agar netizen berkenaan berhenti menipu kerana gerainya tidak dibuka pada hari individu itu mengaku membeli satay jualannya.

Assalamualaikum bro. Kalau kau Islam janganlah menipu hari ini, 7 haribulan kita last meniaga. 5 haribulan dekat Havoc,” katanya.

Dalam pada itu, Mark juga menyatakan bahawa dia juga tidak mengetahui niat di sebalik kata-kata itu dan bakal memberikan Satay Bhalut free jika individu itu berkunjung ke gerainya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam (@markadam1079)

Bagi admin kalau ada yang rasa tak puas hati dengan harga yang dijual, sebaiknya korang belilah di kedai lain. Tak baik tabur fitnah macam ni. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.