in

“Kalau betul nak bagi, bagi masa tengah panas” – Pelajar Tahfiz Sering Terima ‘Sedekah’ Lauk Basi Lebihan Kenduri

collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya, bila buat kenduri dan ada banyak lauk lebih, ramai yang sayang nak buang dan ada sesetengah orang akan sedekahkan lauk tersebut ke masjid atau pun sekolah tahfiz.

Tapi, lauk kenduri juga selalunya cepat basi sebab dah ramai sangat orang asyik cedok dan dibiarkan di luar terlalu lama. Jadi sesuai ke kalau nak bagi dekat orang?


Baru-baru ini, satu posting telah tular di Facebook mengenai luahan seorang Mudir (pengurus atau pengetua) Tahfiz.

Dalam kenyataannya ini, dia mengatakan sebab dia selalu menolak lauk lebihan kenduri adalah kerana lauk yang dihantar ini selalunya dah separuh basi. Biasanya lauk yang dihantar pada jam 6 petang, pukul 7 je dah basi dan berbuih.

131662608 3988702997829655 7608115173366028182 n

Apa yang kurang menyeronokkan, bau masam dan basi dari lebihan lauk itu telah menular ke seluruh tempat hinggakan pelajar-pelajar terpaksa tidur dalam keadaan tersebut.

Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah “tuan rumah kenduri” semalam iaitu buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?”

Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah perkara yang jarang-karang berlaku malah hampir tiap-tiap minggu menjadi rutin. Walaupun sering menolak, tapi kerana terlalu memaksa dia akhirnya tetap mengalah.

131570504 3988703004496321 6057777446414604499 n

Sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dan menyelerakan.

“Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.”

Tambahnya, anak-anak di madrasah sentiasa cukup makan kerana akan ada orang upah katering 2 atau 3 malam berturut-turut malah ramai juga yang sering hantar barang seperti beras, minyak dan bahan-bahan mentah lain.

131508499 3988703001162988 7275568202339412751 n

Alhamdulillah ahli-ahli quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri…”

Namun, mudir ini tetap mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang memberi lebihan lauk dan masih ingat lagi pada mereka walaupun di penghujung hari.

Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn.”

Tak salah nak bagi makanan, tapi biarlah yang elok.

 

Baca: “Saya sedih dan kecewa” – Tahfiz Milik Aaron Aziz Di Langkawi Dirobohkan, 40 Pelajar Terpaksa Tidur Di Dewan

Screenshot 2020 12 24 at 6.11.35 PM

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.