in

“Kalau apa-apa jadi macam mana?” – Pasangan Warga Emas Berang Rumah Diserbu Imigresen Jam 3 Pagi

serbuan imigresen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepasang warga emas mendakwa diri mereka mengalami ketakutan yang teramat sangat apabila kediaman mereka menjadi ‘sasaran salah’ pegawai imigresen dalam satu serbuan yang dijalankan di kondominum mereka awal pagi baru-baru ini.

Rames Prasath Rai, 66 merupakan seorang dekan di salah sebuah universiti swasta menceritakan semula apa yang berlaku dan menurutnya, dia dan isteri telah dikejutkan sekitar jam 3 pagi dengan jeritan ‘imigresen’ oleh seorang lelaki di kondominum Putra Majestic, Kuala Lumpur.


Menurutnya, dia dan isteri yang ketakutan berkenaan dikejutkan dengan pegawai memakai jaket terang sambil menyuluh lampu dan menjerit ‘bangun, bangun, bangun’. Pada awalnya, dia sangkakan perkara tersebut adalah mimpi ataupun mereka sedang diprank.

AA1bZLqI

Menurutnya, pegawai yang memasuki rumahnya itu meminta kad pengenalan dan mendakwa pegawai tersebut tidak memperkenalkan diri lalu mengambil gambar kad pengenalan pasangan berkenaan sambil memarahi mereka kerana tidak menyahut apabila pintu diketuk.

“Dia bermisai, pakai jaket terang dan tanyakan mana kad pengenalan (kami)”

Tambahnya lagi, pegawai berkenaan memberitahu pihak mereka terpaksa memecahkan pintu kediaman itu sebelum beransur dari lokasi.

Rames walaubagaimanapun memahami bahawa mereka sedang melaksanakan tanggungjawab tetapi mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang tidak meminta maaf dan hanya menjelaskan mereka mencari pendatang tanpa izin sebelum beredar.

Isteri Rames mendakwa dia tertekan dengan kejadian tersebut sambil mendakwa pegawai tersebut telah menggugat keselamatan mereka di rumah.

AA1bZpQi

Dalam masa yang sama, dia turut mendakwa serbuan besar-besaran dilakukan oleh pihak Imigresen di kawasan kaki lima menuju ke unit lain selain menyifatkan kejadian berkenaan lebih teruk dari rompakan.

Selepas kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis ditemani anaknya dan menghubungi pihak imigresen berkenaan serbuan berkenaan.

Menurutnya, seorang pegawai yang tidak menyatakan namanya dari pejabat Jalan Duta mengesahkan serbuan berkenaan namun tidak dapat memastikan bahawa unit yang terlibat adalah milik Rames dan isteri.

Pun begitu, pegawai berkenaan menasihatkan Rames untuk memfailkan laporan terhadap Kementerian Dalam Negeri atas kerosakan yang dialami ketika serbuan dijalankan.

Sumber : FMT

Baca : Persoal Tindakan Pegawai Imigresen, Pasangan Singapura Dakwa Tak Dibenar Masuk Malaysia 6 Bulan

warga singapura pasport

Sumber: FMT
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.