Sejak semalam, tular sebuah video seorang wanita meluahkan rasa bimbangnya apabila dia kini diancam bekas teman lelakinya setelah 3 tahun menjalinkan hubungan.
Menerusi Instagram miliknya, Niqi Arrisya menjelaskan bahawa bekas teman lelaki yang pernah dianggap sebagai peneman hidupnya itu rupanya curang dengan ramai wanita.
Bahkan Niqi juga mendedahkan, dia mendapat tahu yang lelaki tersebut juga ada ‘mengambil’ wang daripada orang lain. Jelas Niqi kepada LOBAK MERAH, pemuda tersebut turut memperdaya ramai wanita di belakangnya.
Artikel berkaitan : Lelaki P*kul & Ugut T*kam Gara-gara Anak Tiri Tak ‘Restu’ Perkahwinan Dengan Ibunya
Artikel berkaitan : Ejen Pelancongan Yang Didakwa Mengugut Pasangan Di Jepun Ditahan Di Sepang
“Kalau ada apa-apa terjadi kepada saya lepas video ini, korang tahu siapa dalangnya.” – Niqi
Berikut video penjelasan penuh Niqi di bawah:
View this post on Instagram
“Bila saya confront dia, tiba-tiba dia nak jadi manipulative dan mengugut saya dengan pelbagai cara,” ujar Niqi ketika dihubungi LOBAK MERAH
Jelas Niqi lagi, pemuda yang berasal dari Mesir itu telah berhutang dengannya sebanyak RM 6,000 dan hanya melangsaikan RM 2,000 sahaja. Oleh itu, Niqi menjelaskan bahawa bekas teman lelakinya itu menggunakan kaedah ugutan demi ugutan kerana tidak mahu melangsaikan baki hutang tersebut.
“Dia juga cuba nak memanipulasikan saya dengan mendakwa kononnya saya ada melakukan perbuatan jenayah. Nak memalukan saya di tempat kerja saya, malah saya diugut jika saya kacau dia lagi, dia ‘jamin’ saya takkan diterima bekerja di mana-mana tempat.”
Jelas Niqi lagi, bekas teman lelakinya itu dalam keadaan tidak stabil dari segi mental kerana berdepan dengan dakwaan daripada pihak berkuasa akibat terlibat dalam satu kesalahan yang membabitkan jenayah politik.
Namun begitu, Niqi menjelaskan bahawa ugutan terhadapnya itu dianggap tidak kukuh sewaktu membuat laporan polis di Balai Polis Setiawangsa.
“Bila saya buat laporan polis, mereka kata ugutan ini tak cukup kukuh, jadi mereka tak dapat buat apa-apa melainkan kalau dia ada datang ke rumah saya, ugut saya dan melakukan ancaman fizikal.”
Tegas Niqi lagi, tujuannya bersuara adalah untuk melindungi diri sendiri daripada ancaman lelaki berkenaan.
Dalam pada itu, Niqi juga sedang mengumpulkan segala bukti daripada mangsa-mangsa lain yang pernah terlibat dalam perangkap love scam bekas teman lelakinya itu.
Sumber : Instagram