Kebahagiaan itu sememangnya sesuatu yang subjektif, namun jika merujuk kepada beberapa kategori kebahagiaan itu boleh diukur.
Sebuah kajian dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2021 kepada 42,446 rakyat Malaysia di seluruh negara bagi mengira Indeks Kebahagiaan Malaysia.
Bermula pada tahun 2021, tinjauan itu ditetapkan untuk dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun, ia bertujuan menyediakan dasar maklumat yang boleh membantu mereka mencipta program yang sesuai untuk menambah baik inisiatif sedia ada berkaitan sumber manusia dan pembangunan sosial.

Indeks itu dibangunkan berdasarkan manual pengukuran kebahagiaan lain seperti Laporan Kebahagiaan Dunia (WHR) serta Indeks Pembangunan Manusia (HDI).
Indeks Kebahagiaan Malaysia yang dibina terdiri daripada 13 komponen iaitu:
- Keluarga
- Perumahan dan alam sekitar
- Penyertaan sosial
- Kesihatan
- Kemudahan komunikasi
- Pendidikan
- Kehidupan bekerja
- Keselamatan awam
- Penggunaan masa
- Agama dan kerohanian
- Budaya
- Pendedahan emosi
- Pendapatan
Menurut sumber, selepas komponen itu diambil kira, rakyat Malaysia pada umumnya gembira dengan skor purata 6.48 dan tiga komponen teratas ialah keluarga, agama dan kerohanian serta kesihatan.
Pun begitu, tiga komponen terbawah dengan nilai terendah ialah pendedahan emosi, kemudahan komunikasi dan pendapatan.
Negeri paling bahagia ialah…
Wilayah Persekutuan Labuan dinobatkan sebagai negeri paling gembira di Malaysia, mencatatkan skor Indeks Kegembiraan tertinggi 9.29, pada tahap ‘Sangat Gembira’.
Sebaliknya negeri yang mencatatkan nilai terendah dalam kajian itu yang boleh dikatakan sebagai negeri paling sedih ialah Selangor dengan skor 5.74.
So, korang bahagia tak?
Baca: KL & Putrajaya Catat Rekod Penduduk Paling Ramai Alami Kemurungan Di Malaysia!