in

Kajian: 1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Lihat Gangguan Seksual Terhadap Wanita

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir semua wanita mesti pernah melalui gangguan seksual sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Gangguan seksual ini termasuklah melalui lisan, bukan lisan, visual, psikologi mahu pun secara fizikal.

Malah, kajian yang diterbitkan oleh IPSOS Malaysia baru-baru ini mendedahkan satu daripada lima rakyat Malaysia pernah saksikan gangguan seksual terhadap wanita.


Kaji selidik yang dijalankan dari 22 Disember 2022 sehingga 6 Januari 2023 ini telah melibatkan seramai 22,508 responden secara dalam talian melibatkan individu berumur 16 sehingga 74 tahun di 32 negara bersempena Hari Wanita Sedunia.

Kajian ini juga turut mendedahkan, satu daripada dua rakyat Malaysia juga turut pernah menyaksikan sendiri isu diskriminasi terhadap jantina.

Seramai 28 peratus lelaki dan 29 peratus wanita Malaysia (pernah) mendengar kawan-kawan atau ahli keluarga membuat komen seksis.

“Manakala sebanyak 23 peratus lelaki dan 26 peratus wanita Malaysia telah melihat contoh diskriminasi jantina di tempat kerja.

“Lebih membimbangkan, 20 peratus lelaki dan 22 peratus wanita Malaysia telah melihat seseorang individu melakukan serangan seksual terhadap wanita di tempat kerja.”

51678251996 Freesize 740X405 1

Hak kesamarataan 

Untuk pengetahuan korang, isu hak kesamarataan di antara lelaki dan wanita merupakan antara tumpuan apabila menyambut Hari Wanita Sedunia.

Dalam kajian yang diterbitkan ini juga, turut didapati sebanyak 76% rakyat Malaysia percaya wujudnya ketidaksamarataan dalam pelbagai sektor melibatkan kaum lelaki dan wanita di negara ini namun 68% rakyat Malaysia percaya isu ini dapat dipulihkan.

51678251969 Freesize 740X396 1

Sebanyak 75% wanita dan 68% lelaki Malaysia bersetuju wanita tidak akan mendapat kesamarataan kecuali lelaki mengambil tindakan untuk menyokong hak wanita.”

 

Baca: Hari Wanita Sedunia: 6 Inisiatif Untuk Wanita Dalam Belanjawan 2023

Inisiatif Hari Wanita Sedunia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.