Bukan mudah ya menjadi seorang pelakon, tambahan pula apabila kena lakonkan scene berbahaya yang tidak menggunakan khidmat ‘stuntman’.
Baru-baru ini, pelakon Mia Nasir berkongsi sebuah video memaparkan dirinya berdepan detik cemas apabila diserang anjing jenis rottweiler ketika di lokasi penggambaran sebuah drama.
Di dalam video yang tular itu, Mia dilihat berjalan perlahan di belakang dinding sebuah rumah sebelum berdepan dengan anjing berkenaan yang bertindak ganas dan hampir menggigit kakinya.
Mujurlah anjing itu melepaskan gigitan pada seluarnya dan Mia berjaya diselamatkan.
@mianasir1 Non scripted. Jantung kat lutut dah waktu ni. #AndaiTiadaDia
Artikel berkaitan: Budak Sekolah Berdepan Detik Cemas, Menjerit Minta Tolong Kena Kejar Sekumpulan Anjing Liar
Artikel berkaitan: Anjing Peliharaan Penghuni Apartment Didakwa Serang Individu Sampai Cedera, Undang Kemarahan Ramai
“Jika tidak bye-bye”
Menurut mStar, Mia maklumkan bahawa dia tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kejadian tersebut hampir menyebabkan dia kehilangan nyawa.
Saya dapat lari beberapa saat sebelum anjing itu datang ke arah saya. Jika tidak bye-bye,” katanya.
Anjing itu dikatakan telah menggigit bahagian betisnya sehingga seluar terkoyak. Menurut Mia, anjing berkenaan juga merupakan salah satu watak dalam drama Andai Tiada Dia, lakonannya itu.
Dia anjing berlakon. Saya rasa pemilik anjing perlu lebih peka dan tidak biarkan tali cawak terlalu panjang sehingga boleh mendekati saya,” katanya.
Mia juga mengatakan dirinya bernasib baik kerana jenis seluar yang dipakai menghalang anjing itu daripada menggigit terus ke bahagian kulit.
Fuh takut min tengok. Mujurlah tak ada apa-apa.