Saban tahun, golongan muda di Jepun yang meminum alkohol semakin berkurangan berbanding dengan golongan tua. Meskipun ini dilihat sebagai sesuatu yang positif dari aspek kesihatan, namun situasi ini bukanlah satu perkara yang baik buat kerajaan Jepun.
Kerajaan Jepun mengalami kerugian selepas golongan muda di sana yang minum alkohol dilaporkan semakin berkurangan. Bukan itu sahaja, pandemik juga mengakibatkan kelab malam dan premis yang menjual alkohol terkesan dari segi penjualan dan kutipan cukai.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan Jepun melancarkan sebuah kempen untuk menggesa golongan muda agar terus kekal membeli dan minum alkohol.

Kempen ‘Sake Viva!’ yang dianjurkan oleh Agensi Cukai Negara menjemput orang ramai untuk mengemukakan idea tentang cara untuk menggalakkan golongan muda agar terus membeli alkohol.
Pasaran minuman beralkohol domestik semakin mengecil disebabkan perubahan demografi seperti penurunan kadar kelahiran dan penduduk Jepun yang semakin tua. Selain itu, gaya hidup penduduk turut berubah akibat kesan Covid-19.

Untuk rekod, kempen oleh kerajaan Jepun ini kurang diterima baik oleh sebilangan golongan yang beranggapan ini adalah satu langkah kurang bijak oleh sesebuah kerajaan.
Jelas beberapa individu, alkohol menyumbang kepada masalah sosial dan juga akan memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang.
Sumber: Edition CNN
BACA: Netizen Terpegun Lihat Makcik ‘Cleaner’ Sembang Dalam Bahasa Jepun Di Masjid Negara