in

Jarum Bius Patah Dalam Mulut Ketika Prosedur Cabut Gigi, Lelaki Alami Kerosakan Saraf Kekal

Cabut Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki mengalami kerosakan saraf kekal apabila jarum bius patah di dalam tisu lembut di bahagian belakang mulutnya ketika sedang menjalani prosedur mencabut gigi di United Kingdom.

Kerosakan saraf kekal yang dialaminya itu menyebabkan lelaki berusia 41 tahun dari Medway, Kent di England menerima pampasan bernilai 17,000 Pound Sterling atau kira-kira RM95,191.84.


Lelaki yang dikenali sebagai Joe Woollen itu pada mulanya telah ke sebuah klinik gigi di London pada tahun 2021 setelah giginya sakit.

Doktor di klinik gigi itu kemudiannya menasihatkannya untuk mencabut gigi yang sakit itu.

Difahamkan, sebelum prosedur mencabut gigi, doktor tersebut telah membuat beberapa suntikan untuk membius mulutnya sebelum gigi dicabut.

7 4

Artikel Berkaitan: Doktor Mengucap Panjang Lepas Pak Cik Usia 52 Tahun Dedah Buat Gigi Palsu RM500 Di Hotel

Artikel Berkaitan: “Ada juga yang pakai cincin” – Doktor Gigi ‘Spill’ Mereka Boleh Tahu Jika Pesakit Pakai Susuk

Memetik laporan The Independent UK, Joe mengatakan bahawa dia perasan bahawa doktor itu dan pembantunya kemudiannya kelihatan seperti terkial-kial mencari sesuatu kerana mereka tidak dapat menjumpai jarum pada bahagian hujung picagari yang digunakan untuk menyuntik bius itu tadi.

Sinar X-ray di sebuah hospital lain pada keesokannya pula menunjukkan bahawa jarum sepanjang 2.1 cm telah tersangkut di dalam bahagian tisu lembut di belakang mulutnya berdekatan dengan rahang.

Kejadian itu kemudiannya menyebabkan Joe pelu menjalani pembedahan untuk membuang jarum itu dan mencabut giginya.

Jarum suntikan yang berada di dalam tisu mulutnya itu telah menyebabkan mukanya sangat bengkak dan ia turut menyebabkan kerosakan kekal pada sarafnya di mana dia tidak dapat merasakan bahagian kanan bawah pada wajahnya.

Kerosakan itu juga menyebabkan dia sering tergigit pipi dan bibirnya tanpa disedari.

Menurut Joe, dia sememangnya tidak gemar ke klinik gigi sejak remaja lagi kerana takut jarum namun apabila dia akhirnya ke klinik gigi kerana tidak dapat menanggung sakit gigi, kejadian yang ditakutinya seperti ini pula telah berlaku.

Sumber: The Independent UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.